Monday, 7 November 2016

NUTELLA BROWNIES

RESEPI NUTELLA BROWNIES 

Assalam semua...hari ini Ayu nak kongsikan Resepi Nutella Brownies dengan korang. Semalam Ayu dah try , mmg best. Tapi korang jangan amal sangat ye, takut kang terkena kencing manis plak. 


Gambar kat atas tu hasil yang Ayu buat smlm. Tak sempat nk cari bekas yang cantik, pinggan nasi pun ok lah asalkan ngam dengan loyang pembakar yang Ayu guna. Jom kita tengok bahan-bahannya :-

Bahan-Bahan: 

1 cwn Buttercup 
1 1/2 cwn gula
1/2 sudu garam
1 cwn serbuk koko
1 cawan tepung cake (klu guna tepung gandum cake agak keras)
4 biji telur
Sebotol Nutella bersize kecil
Coklat @ Badam (hiasan atas)



Cara-cara Menyediakannya : 

* Panas kan kuali , cairkan butter bersama gula sehingga gula cair. 
* Selepas butter dan gula cair alihkan kedalam bekas lain. Kemudian masukan serbuk koko, garam, tepung kedalam adunan butter dan gula tadi, kacau sehingga rata.
* Pecahkan telur satu persatu dan kacau sehingga kembang.


* Letakkan kertas alas pembakar ke dalam loyang (klu tak de korang sapu je loyang tu dgn butter-tak mau bagi lekat je pun). Masuk setengah adunan tadi kedalam loyang dan letakkan nutella dgn menggunakan spatula dan sapu rata. 


* Selepas itu, tuangkan adunan yang lebih tadi keatas nutella tadi.
* Bakar dengan suhu 250c selama 20-30 min. (Guna api atas bawah ye)
* Dah masak, tunggu sehingga cake itu menjadi suam dan telengkop cake tu kebekas @ dulang yang korang suka. (faham tak apa itu telengkop ??? hahah..suka hati korang lah faham ke tak)
* Kemudian sapukan nutella di atas cake tersebut dan taburkan hirisan coklat @ badam (badam mesti dibakar terlebih dahulu k). 
* Boleh potong dan ngup...

SELAMAT MENCUBA !!!!


No comments:

Post a Comment