Friday, 25 November 2016

SETTLEKAN PTPTN DAN CLEARKAN BLACKLIST

BLACKLIST VS PTPTN

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua..

Terasa rugi jika perkara penting tak dihebah-hebahkan. Satu pagi terdetik di fikiran Ayu untuk check Status imigresen, last Ayu check pada July 2016, dah banyak kali Abg Halim suruh check lepas bulan July tu tapi tu lah asyik lupa je.

Pagi tu bila Ayu masuk je website Imigresen , key in je IC number, terpampang msj kat bwh ni !!!




Hairan sekejab, kenapa keluar msj pelik je ni...hari tu check keluar status " Tiada Halangan" . Memang muka Ayu dah cuak, pucat lesi, ketaq lutut dit dit dit...asyik dok ulang p toilet ja... boss naik heran...dia tegoq " Are you ok, Ayu? sakit ke ? ....hahahah...dia tak tau kepala Ayu dah biul ni.... Jalan pun dah tak betul time tu. Nak masuk toilet , tersalah masuk bilik meeting..Punyanya ketaq.. Call Abg Halim pun dia tak jawab. Lagi bertambah biul...Ayu hanya ada 3 minggu je utk settlekan semua ni sebelum berangkat. Sempat ke ???😓

Apalagi, Ayu terus google dan baca blog-blog lain , mungkin blogger lain ada pengalaman mcm Ayu. Kebanyakan blogger tersangkut sbb isu PTPTN. Pengalaman diaorg kebanyakan bila check dlm status PTPTN , nama diaorg sudah disenarai hitamkan. Ayu terus masuk website PTPTN , utk check nama Ayu.

 Ayu pun key in detail apa yang diminta. Masa nk tekan "Hantar" tu punyalah Ayu ketaq. Hanya Allah yang tahu perasan Ayu time tu. Rasanya muka pun dah mcm mayat hidup kot. hahaha.
So, kuar lah msj ni :


Lagi bertambah hairan. Tak de pula dalam senarai hitam. Apakah ???? Makin biul kepala. Saman polis ke ? JPJ ke? hmmm...check lagi ... Tak de saman pun. Blacklist ngan pihak bank? Rasanya tk pernah kantoi dengan pihak bank..... Makin pening.... Ayu terus call pihak imigresen, syg skali diaorg tak dapat check melalui tel. Ayu perlu pegi ke kaunter untuk semakan. Sampai mlm Ayu mencari-cari blog yang dapat membantu . Akhirnya .....tak de pun yang membantu. 

Dengan izin Allah, keesokannya Ayu perlu settlekan barang ofc , so dapat lah Ayu singgah sekejab di Pejabat Imigresen yang berdekatan. Ayu terpaksa minta tolong Abg Halim, sbb Ayu mmg tak boleh drive, asyik rasa seram sejuk je. hahahha..ngok kan !!!! Ayu ke imigresen Jalan Duta. Sampai je , lampu ofc semua tertutup , tapi sempat juga masuk tanya Abg polis tu, dia ckp "skrg waktu rehat , tak dpt check, pukul 2 dtg balik & bg ic dekat saya. Saya tolong check. !!! Alhamdulillah, Allah mempermudahkannya. 😔

Nak tak nak , sementara menunggu jam 2, Ayu g lunch dulu area Tropicana. Selepas lunch Ayu terus bergegas ke Pejabat Imigresen, tak sabar sgt nk tahu kenapa nama boleh blacklist. Dalam doa Ayu biarlah PTPTN, janganlah sebab lain. Sampai je Abg polis yang baik hati tu terus minta IC ayu, then dia pegi kat kaunter minta pegawai kat kaunter tu check status Ayu. Tak sampai 2 min, Abg polis tu datang, dengan selamber & slownya dia jwb "PTPTN". hahahah. Ayu terus ambik IC & balik ke ofc dengan perasan yang senang tapi still risau sbb tak punya banyak masa untuk settlekan nama dari blacklist. Hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan perkara yang baik ini. In shaa Allah.

Seterusnya, Ayu perlu menghubungi pihak PTPTN. Pada mulanya Ayu bercadang nak pergi terus ke kaunter di Giant Kinrara puchong pada hari sabtu . Tapi memandangkan Ayu langsung tak tahu berapa amount tunggakan dan pinjaman, Ayu rasa lebih baik Ayu dpt detail dulu. Dalam terkodek-kodek blog2 yang ada, Ayu terbaca dalam satu blog , kat situ blogger ni ada letak no tel pegawai PTPTN yang sgt mesra (katanya). Ayu cuba whatsapp pegawai tersebut. Namanya Puan Husna. Memang bagus services Puan Husna. Cepat dan pantas.

Alhamdulillah Puan Husna sudi membantu , Selepas Puan Husna buat semakan acc Ayu , mmg banyak tertunggak, so Ayu perlukan settlekan tunggakan atleast 50% daripada amount tersebut. Mana nak cekau duit. Bincang punya bincang , dia cadangkan Ayu buat potongan KWSP menggunakan Acc 2. Pada mulanya agak tinggi dia requested utk potongan Acc 2, Ayu minta dikurangkan, alhamdulillah Puan Husna setuju. 

CARA - CARA MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KWSP ACC 2

Untuk memudahkan korang , make sure korang mesti ada "i-akaun" untuk kwsp. 

i-Akaun

#Nak buat "i-akuan" senang je , korang boleh call pihak kwsp @ pergi terus ke KWSP - menggunakan mesin yang disediakan oleh KWSP, dah requested korang hanya perlu active kan sahaja melalui website " First Time Log in "

Atas persetujuan dua pihak Puan Husna pun tolong Ayu requested pengeluaran melalui KWSP. Ayu bagi TAC no yang dihantar oleh pihak KWSP ke no tel Ayu. Selepas itu urusan pemohonan pengeluaran KWSP telah berjaya dan perlu menunggu mesej @ panggilan dari pihak kwsp untuk thumb print. Menurut Puan Husna , process itu akan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. 

Tapi Alhamdulillah , semuanya dipermudahkan , Ayu buat permohonan tu pada hari jumaat malam , dan Ayu terima mesej dari KWSP untuk urusan Thumb print pada hari isnin tengah hari. Wow cepatnya. Process tak sampai satu  hari bekerja. Document yang perlu di bawa untuk urusan Thumb print ialah : 


  1. Original Scroll (Diploma @ Degree) 
  2. Transcript of Academic Record
  3. 1 Copy of Scroll
  4. 1 Copy of Transcript
Dah complete , Ayu terus ke KWSP terdekat , tanya reception , & ada counter khas untuk urusan PTPTN. Process tak lama pun, lebih kurang 3-5 min je. Dah settle korang akan dapat acknowledge slip pembayaran. Process bayaran antara KWSP dengan PTPTN mengambil masa lebih kurang 7-14 hari bekerja. 



Process di PTPTN

Dah settle , Ayu terus whatsapp Puan Husna dan snap photo slip KWSP ni , terus Puan Husna emailkan Ayu agreement utk buat pertukaran ke sistem Ujrah. Sebelum ni Pinjaman Ayu direkodkan menggunakan sistem conventional dengan pengiraan lebih kurang 3% charge setiap tahun. Dengan menggunakan sistem Shariah (ujrah) 1% akan dichargekan setiap tahun. Banyak bezakan ??

Atas persetujuan Ayu untuk membyr bulanan yang ditetapkan , Puan Husna pun terus emailkan agreement Ujrah untuk Ayu tandatangan. Agreement ni perlu di cetak kepada 2 salinan , korang perlu baca teliti dan faham sebelum turunkan tandatangan. Agreement Ujrah ni juga perlu ditandatangani oleh Pegawai kerajaan Gred 41 keatas sebagai saksi. Korang carilah sapa-sapa pegawai kerajaan yang berpangkat mcm tu. 

Then, korang juga perlu membeli "setem hasil" sebanyak 2 keping , RM10 setiap satu. Belilah di pejabat pos yang berdekatan. ☺

Sebelum ke PTPTN untuk penghantaran Agreement Ujrah , Ayu juga ada membawa slip bayaran KWSP , incase klu Puan Husna minta. 

Dah complete, Ayu terus buat appoinment dengan Puan Husna. Ayu ke pejabat PTPTN ni Jalan Yap Kwan Seng pada hari yang dijanjikan. Sampai je , Ayu terus call Puan Husna. Alhamdulillah Puan Husna sudi jumpa Ayu sebentar walaupun dia agak busy. Puan Husna minta staff dia utk tolong Ayu submitted Agreement Ujrah ni. 


Tengok nama Puan Nurul Husna terpampang...Pegawai besar rupanya ... hehehe!!

Process kat sini pun sekejab je...tak sampai 15 min , semua dah settle. Nasib baik Ayu bawa slip bayaran KWSP , staff ptpn ada minta untuk rujukan. Kalau tak terpaksalah balik rumah ambik. Kan dah jadi banyak kerja. Pihak PTPTN akan bagi kita satu Agreement Ujrah yang kita bawa tadi untuk simpanan dan rujukan kita yang telah dimatikan setem. 

Sistem terus akan update dan nama akan diclearkan serta merta daripada blacklist. Syukur Alhamdulillah. Pagi ni Ayu saje suka-suka nk check status Imigresen. Berdebar-debar ni 




Alhamdulillah , mesej terbaru keluar "Tiada Halangan". Bermulalah episod membayar PTPTN. hehehe...

# Bersyukur kepada Allah , segala urusan Ayu dipermudahkan , Thanks juga kepada Puan Husna yang banyak membantu. Pada sesiapa yang ingin berhubung dgn Puan Husna boleh lah email Ayu ye ayu_halim85@yahoo.com / fb ayu "ayu che lah" untuk mendapatkan tel no. Thanks. 







1 comment:

  1. Assalamualaikum ayu..saya ada msg di fb, mtk ayu check msg eh? Tq..

    ReplyDelete