Friday, 18 March 2016

ETS TRAIN BY KTM


KTM ETS 

PERJALANAN DARI KL SENTRAL - SUNGAI PETANI, KEDAH

Apa itu ETS ? Siapa dah pernah naik ETS? Ni 1st time Ayu naik ETS utk balik kampung. Bak kata pakcik kaunter yang Ayu call ni , ETS memang cepat dan ketibaan di setiap stesen adalah tepat pada waktunya. Klu anda lambat jwbnya bye bye. Beli lah tiket lain ye. Keretapi ni antara keretapi yang paling laju antara bandar dan hanya stesen-stesen tertentu je keretapi ni stop. Setiap hari hanya ada 4 kali sahaja perjalanan. Ayu tak sure sgt waktu tepat dia. Apa apa pun sebelum tu kita perlu tahu dulu sedikit sebanyak ttg ETS.


ETS adalah satu perkhidmatan kereta api antara bandar dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menggunakan unit berganda elektrik. Ia adalah yang paling pesat perkhidmatan kereta api meter tolok di Malaysia yang kini beroperasi di sepanjang regangan elektrik dan dua dikesan daripada Line Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thai oleh pengendali kereta api kebangsaan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu.   Kereta api bergerak sehingga 160 km / h (99 mph) pada elektrik meter tolok landasan kereta api yang boleh dianggap sebagai kereta api berkelajuan tinggi.

Kat sini ayu nk cerita pengalaman Ayu naik ETS. Start dr beli tiket sampailah perjalanan dr KL Sentral - SP - KL Sentral. Alang alang naik baik ambik return ticket. :-). Ni link utk info lanjut ETS Train Malaysia

1) Pembelian ETS Ticket


Planning nk blk kedah pada 18/03/2016 ( Friday ). So bila perlu beli tiket? Klu cuti sekolah memang perlu beli awal. Sebelum Ayu beli, Ayu akan call pihak KTM terlebih dahulu untuk confirmkan tarikh , time, destinasi dan jenis train yang ada. Actually boleh beli guna online, tapi tak berapa nk faham dia punya time table. hahahha. Lebih baik terus g kaunter, leh tanya banyak skit. maklumlah 1st time. Time ayu blk tu school holiday, mmg cepat sgt tiket habis. Bayangkan Ayu call 3hb, pakcik kaunter ckp ada lagi 50 seat utk ETS Gold, then Ayu g kaunter 5hb dah habis semua tiket utk ETS Gold. Wow..so fast. 



Ok, for your information, ticket ETS tak boleh beli awal sgt mmg tak de jual....dia just buka and open ticket sebulan awal je. Tak mcm ticket flight book Jan, perjalanan Dec. Sorry ok memang tak de jual. Klu untuk raya , u all mesti standby sebulan awal sebelum raya duduk kat depan counter @ pc. Klu buat lambat2 confirm habis. 

Ok, berbalik kepada cerita Ayu td, Pakcik kaunter sarankan ayu ambil ETS Platinum, sebab tu je yg ada..hahhaha.... Apa beza ETS Gold & ETS Platinum? Beza antara dua jenis ni adalah masa perjalanan & harga tiket. . Train rasanye sama je. Untuk Ayu , Ayu terpaksa ambil (KL Sentral - SP) menggunakan ETS Platinum & dr (SP-KL Sentral) menggunakan ETS Gold.

Ni detail perjalanan Ayu :

Date/Time                           Train                    Destination                               Fare               

18/03/2016                                                                                           Adult RM 88.00    11am - 1450pm                   ETS Platinum          KL Sentral - SP               Child  RM 48.00                                                                                                                     
21/03/2016                                                                                           Adult RM 66.00
5.30pm - 11pm                    ETS Gold               SP - KL Sentral                Child RM 37.00


So Total Ayu beli utk blk kg 2 dewasa, seorang budak , infant RM392.00. Untuk baby free ok.
# Bak kata pakcik kaunter, utk weekday sesiapa yg beli tiket ETS samaada Gold @ Platinum dan perjalanan utk hari biasa (bukan weekend ok) diberi 30% discount. WOW!!!!!

Ni contoh ticket ETS yg Ayu beli :-):



Jarak perjalanan ETS Gold & ETS Platinum agak berbeza. Utk ETS Platinum dr KL Sentral - SP hanya mengambil masa 2 jam 50 min. Manakala utk ETS Gold mengambil masa 5 jam 30 min. Tau tak kenapa ETS Gold lambat? sbb banyak station Train ni berenti. Klu ETS Platinum hanya  Big station je train ni stop. Cth Ipoh, Taiping, Butterworth, SP, Alor Setar & Perlis.

Kat bwh ni cth time table ETS. Korang boleh pilih :

ets1


18/03/2016 adalah hari yg terbaik lah ..tak sabar nk naik keretapi baru ni. Mcm tak logik, 2 jam lebih je dah smpai kedah. Kt dlm train ni mmg cantik, bersih , selesa. Toilet dia mak aiii punya besaq. Ada cafe lagi..leh minum kopi. hehehhe... #Make sure korang sharp time ye. sbb train ni mmg sharp. boleh kena tinggal klu lambat seminit.
Ni Perjalanan dr Bandar Tasik Selatan - KL sentral. Parking kat sini dekat dengan rumah. Murah plak tu Parking sini.
Wyshal sempat posing sblm tgu train sampai - nk ke KL Sentral :-)



Kusyuknya adik menikmati KFC...hahahha..ni suasana dlm train...


Cntik kan seat dia..mmg selesa...Adik dh tdo, penat bermain lari2 dlm train.

Perjalanan yg mengambil masa yg pendek , mmg tak terasa. Sekejab je dah sampai SP. Pas ni boleh lah selalu guna ETS. Alhamdulillah perjalanan kitaorg pergi dan blk selamat. :-)
Anda bila lg??? Jom try






Sunday, 4 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 10

Perth - Day 10

Hari ni hari Ahad. Free Parking kat Perth city. Hari ni juga kitaorang perlu hantar kereta yg disewa kat tempat yg ambik  hari tu (Airport). Senang je cara nk hantar kreta ni, masa pick up diaorang dh bg map kat mana kereta perlu diletakkan dah kat area situ ada kaunter untuk penghantaran kunci. Tak perlu nk sign document apa bagai. Senang sungguh. Yg penting masa penghantaran perlu sharp ok. Klu tak melayang lah duit (bond) AUD100 yang dibyr time pick up tu. Banyak juga tu AUD100.


Ni dia signboard untuk sesiapa yg nk parking..kena faham elok2...

Sebelum kitaorang hantar, ayu dh pastikan petrol refill full tank, & perlu simpan resit minyak tu untuk di beri bersama kunci kereta nnt. Diaorang akan check yg kreta yang dah dipulangkan full tank, klu tak duit bond akan lesap @ kad kredit korang tetiba je baki berkurang. hahahaa. Satu lagi pastikan sampah di buang ok.

Hari ni Abang DD yang baik hati tunggu kitaorang kat bwh hotel & bergerak skali ke airport. Dah settle kereta , Abang DD hantar kitaorang ke FREMANTLE MARKET. Tak nk susahkan abg DD, kitaorg just minta dia hantar je , nnt blk kitaorang blk sendiri. On my planning nk naik bus :-). Ayu ada baca blog sebelum ni, kat sini memang ramai org dtg utk beli souvenir dan makan Fish & Chip yang fresh. nyum nyum. Belum makan dah nyum nyum. Hopefully apa yang diaorang ckp sedap tu betoi lah ye. Kitaorang jalan2 dekat  PERTH'S BARRACK STREET JETTY & CAPTAIN COOK CRUISE, Semua ni dekat-dekat je.

Barang-barang souvenir memang murah sgt kat sana berbanding kat tempat lain. Ada satu tempat tu memang murah sgt. Nama kedai tu E shed (Megabes Shop). Korang g lah cari uncle ni, pasti korang dpt discount yang agak best murah dia. Barang2 kat sini berquality tinggi juga. Ayu tak byk shopping pun, just beli skit-skit je untuk kenang kenangan sbb dlm otak ni dok fikir, tak pe pasni leh dtg lagi. hahahahha...Ayu beli T-shirt untuk Wyshal & Washyl (AUD8 setiap satu) , Sweater Wyshal (AUD13), Sweater Ayu (AUD15), Key chain 3 pack (AUD12), Nougat 6 pack (AUD20) & untuk mummy Aus bag utk pergi market hehehe (AUD10).

Dah settle kat E-shed, perut dah start berbunyi dan menari-nari. Yeh!! teringat lg dgn blogger2. Kebanyakan ckp best makan kat Kailis' ( FISH & CHIP terbaik ). Apalagi kitaorg pun start cari lah kat mana area tempat tu. Tak jauh dr E-shed je. Tak besar sgt tempat ni, pusing-pusing pasti jumpa. Dah sampai terus Q, sbb Ayu tgk semua org Q. kat sini self services ye. mmg Seafood je ada jual kat sini. Harga ok lah sbb portion dia besar. satu set boleh 3 dewasa makan.Byk kan !!!!  Rugi cik hubby tak makan ikan. Terpaksalah Ayu habis kan bersama budak comey 2 org ni. Memang tak habis. Abg Halim just makan garlic bread and mushroom soup + fries. So Ayu order  Fish & Chip Set AUD18 & Ice Lemon Tea AUD2.50 & Susu Coklat AUD1.50, Abg.Halim punya set AUD10 with hot coffee. Total AUD32. Ramai sgt org kat sini, table full, makan plak tepi jetty, heaven n angin sepoi sepoi bahasa..fullamak..best ehhh!!!!

#Gambar kat bawah tu gambar sementara mencari Kailis'. Building kat sini building lama2 yg masih dijaga rapi utk menampakkan seni bina klasik utk tarikan pelancong. 


Salah satu building lama yg terdapat di Fremantle area.



Kat tiang pun nk bergambar...

Sunyi je jln.... 
Memandangkan jam dah pukul 4pm, kitaorg pun rasa dah boleh gerak blk hotel. Tetiba je suami ank buah A.Halim call nk jumpa. dia baru sampai dr kuching smlm. Dia mmg stay sini. So kitaorang tgu dulu lah. bukan sll jumpa. Dah jumpa and sambung makan lagi , nak gerak balik, Si ank buah tumpangkan kitaorg blk ke Hotel. Tak kesampaian lah nk naik bus. hehehhe....Anyway thanks ya hantar kitaorg blk hotel.



Gambar di ambil dr google.



Yeh !! dah dapat makan..nyum nyum...

Bersama Sazzy, Anak buah Abg Halim :-)
Dah sampai Hotel , rehat kan diri, bersihkan diri, kemas bag utk check out esok dan masak for utk dinner. Planning mlm ni nk jalan2 kat bwh hotel tu je , nak merasai suasana mlm ni perth city. Tp yg tak bestnye confirm sunyi je sbb kul 5 semua kedai dah tutup. Hahahaha.

Malam kitaorang habiskan masa dlm hotel je rasanye. Best lagi kot.Bilik yang selesa memang mls nk keluar. 


Suasana dalam bilik hotel. 

Kita sambung episod seterusnya. Perth Day 11. Lusa dah terbang blk KL. Esok je lagi masa utk explore Perth City. 



Saturday, 3 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 9

Perth - Day 9

Huh...dah hampir 3 bln Ayu tak menjenguk blog untuk menyambung cerita yang tak seberapa nak menarik perhatian semua ni. Let go !! kita sambung slow2.  Kali ni Ayu nak continue untuk hari yang ke 9 perjalanan ayu di Perth.


Hari ini hari yg terbaik utk berehat. Klu ikutkan jadual kami akan ke Yanchep tp setelah berbincang dgn Abg Halim akhirnya ambik keputusan tak jd pergi. Jarak perjalanan ke sana mengambil masa 4-5jam. So hari ni kami akan habiskan masa bershopping & berehat di bilik hotel. Dah penat sgt berjalan tak henti2 since sampai ke Perth belum ada rehat lagi.

Tempat shopping yg terkenal dan yang terbaik kat sini  ialah WATER TOWN BRAND OUTLET CENTRE@ WELLINGTON TOWN. Water Town ni mcm JPO lah.Sememangnya disebut-sebut org, tempat ni murah dan murah dan murah..hehehhe. Water Town terletak di Perth City. Dr hotel Citadine dekat je. Jarak antara Hotel ke Water Town hanya 15min. Boleh klu nk berjalan. Lebih kurang 1.2km. Tak sanggup Ayu nk berjalan ngan anak2. Parking kat sini tak mahal sgt. 1 Hours AUD5. Pandai2 lah you all planning nak berapa jam.

WATER TOWN BRAND OUTLET CENTRE

Kami sampai di Water Town jam 1130pg. Water Town Brand Outlet Centre. Ni information detail. Just click kat link yg Ayu bg tu. Wow...best. Tapi cantik lagi JPO. Tempat ni kat tgh2 city. mmg tak nmpak mcm supermarket. Simple je. Banyak sgt kedai dan brg2 dia not bad. murah sgt. Memandangkan currency Msia jatuh so klu convert pun ok lah. still dpt murah dr Msia.

Ayu just beli Pink Sport Shoes ,Palazzo & brg perempuan yg sememangnya sgt murah, Wyshal pun beli Pink Sport Shoes and Jumpsuit and Adik beli sport shoes and tshirt. Abg Halim grab Cap & Tshirt. Murah je ..Total brg semua tu AUD150. hahahha.....caya lah...


Gambar ni bukan Ayu ambik. Tapi ni gambar dr Tripadvisor. 

Ni antara deretan kedai yang ada kat Water Town. Rasanya klu spend 3-4 jam untuk shopping pun dah cukup. Gambar kat bwh tu gambar kasut yang Ayu sempat beli.Cantik tak ??? Pink gitu u all... Murah dan tersangat murah. Beli ni sbb sebagai kenang-kenangan. Entah bila pula nk mai sini lagi. 
Kasut Abg Halim tu bukan dia..tu beli kat Msia. hehehheh
Sepanjang hari we all habiskan masa kat sini je. Lagi pun kuar dari hotel dah lambat. Jam 1100 am baru kuar. Kat sini, you all jgn risau, ada jual makanan halal. Ada Kebab dan Nasi Arab. We all makan Donut dah minum coffee je. Lagi pun kat hotel dah makan td before turun. Dalam jam 4.30 pm, kami bergerak balik hotel untuk bersiap2 ke rumah Kakak Ayu. Best sebenarnya ada saudara kat sini. hehhehe.... Lagi pun esok kitaorg dah patah kaki sbb kereta kena hantar esok. Sekejab je masa berlalu. Dah 9 hari di bumi Perth ni. Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk Ayu & family.

Yes...Continue the next day . Perth - Day 10





Friday, 2 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 8

Perth - Day 8

Hari ini dah seminggu kami di Perth. Rasa mcm tak nak blk Msia je sbb time ni di Msia mengalami jerebu yang teruk . Semua sekolah di tutup. Udara di Perth sgt segar, sejuk dan nyaman. Tiada pencemaran. Kesian Msia , disebabkan kebakaran di Indonesia , Msia juga turut menerima tempiasnya. hmmmm.....


Ok lah, malas nk berceloteh panjang lebar. Seperti yg tertera dalam jadual yg Ayu create dr Malaysia ni, Hari ni 02/10/2015  kami akan ke ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND). After that kami akan Check In di Citadine St Georges yg terletak di center Perth City. Sbb hari-hari terakhir kami akan berjalan di Perth City je. Nak melepak  and shopping apa yg patut. Insyaallah.


Pagi ni, Ayu bantu kak ayu prepare for breakfast. Kak Ayu yg baik hati menyediakan bekal utk kami bawa ke Penguin Island - bihun goreng and fruits. Best ni picnic nnt mkn simple menu. Selepas siap berkemas kami bergerak dr umah Kak Ayu pd pukul 1030pg. Jarak perjalanan dr umah Kak Ayu  di Cannington ke Penguin Island lebih kurang 50min (51km) melalui Kwinana Free Highway (kat sini jgn risau k , semua highway FREE. Tak jauh pun. So estimated kami akan sampai ke situ pada jam 1130am.



ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND)


Sampai je di Rockingham Wild Encounter, kami perlu menaiki feri ke Penguin Island. Ni link utk Penguin Island Peguin Island website. Tempat ni buka pada pukul 830am - 5pm. Parking free. Banyak package yang boleh pilih. Tapi ayu just ambik  feri and entrance je.


 Harga ticket Adult AUD15 and Child (3-12y) AUD12.50. So total 4 branak AUD42.50 (Adik Free).Klu duit Msia  lebih kurang MYR130. Dari Jetty ke Penguin Island tak jauh pun ..15min naik feri.




         Pondok menunggu feri...adik moody...minta dilepaskan.. kat sini bahaya sbb byk snake...


  Laluan utk ke feri...Mata tertutup sbb tak tahan dgn cahaya. Sedih ..Sunglass Ayu jatuh  di Augusta hari tu. waaaaa!!! 


      Dah dlm Feri. Adik pelik hahhaha...sbb 1st time kot naik feri..


               Dah sampai di seberang...welcome to Penguin Island .


                      Perjalanan di Penguin Island. Banyak taik burung.


                  Biar gambar yg berbicara...ewah ,..hahah






      Nak cari penguin....manalah ada...nama dia je penguin island..












            Kelaparan berjalan jauh. Time utk Makan. Tgk adik tu , muka tak sabar...hahahha. Abaikan kenapa ayu tutup mulut Ayu tu. heheheh








                    Nk minta pegang penguin batu..tp takut...lucu betoi lah si kecik ni...


                      Lepas makan...diaorg dah charge battery... sesi memanjat pokok :-)




                          Me , Wyshal & sekumpulan baby penguin.

Bagi Ayu tak lah berapa best sgt sini. Tapi ok lah klu utk tgk2 tempat yg luar biasa dalam pulau ni. Yg bestnya beach lah. Tenang je jiwa. Hampir 3 jam kami di sini , selepas Wyshal & adik dah penat bermain kami pun bergerak utk pulang kerana nk check in.


Planning kami akan sampai ke Hotel jam 6ptg krn time tu parking free. Tp memandangkan masih awal kami terpaksa parking di Convention center. Lagu pulak adik tak nk duduk. Tak selesa sbb membuang..hehehhe...nk tak nk mmg kena masuk hotel utk ke toilet. 


So kami bergegas dr tempat parking ke Hotel. Kebanyakkan hotel kat sini semua tepi jalan tau. Mmg tak de vallet parking @ ruang tgu sementara nk check in. Mmg susah sgt. Abg Halim just hantar kami masuk ke hotel dan dia akan kuar parking & dia akan cari tempat  lepak kat mana2  until 6. hahahha. Punya nya nak jimat . Bukan apa tak nk membazir. Kos parking yg dikenakan masa kami parking tu just 45min - AUD17. bayangkan klu convert dgn MYR53.


Yang best nye kat Perth city ni, parking kat mana2 pun kosong. Sbb rakyat dia bijak. Diorang mmg tak kan parking kerana charge yg dikenakan tinggi. Kebanyakkan mereka menggunakan Public transport. 


yeh !!! dah check in. Seriously, Citadine St Georges is the best hotel. Memang cantik. Rasa rugi Ayu tak book lama. Kami stay sini 4 hari, 3 mlm. Dengan menggunakan Expedia Hotel cheap prices. 


Harga utk 4 hari, 3 mlm AUD318.75 = MYR905.  Kat sini sesuai utk 4 branak sbb katil yg besar dan ada sofa bed disediakan. Bilik yg besar, senang utk Wyshal & Adik bermain.  Cantik gile bilik ni...wowowo...

Ni size Deluxe Room. Ada microwave, pinggan ,cawan ,sinki &                                              byk lagi lah

After kami check in kami just stay until maghrib. Selepas maghrib kami akan ke rumah kak ayu kerana dah janji Ayu kan masak makanan malaysia utk diaorg. Lagi pun kak ayu pregnant so teringin nak makan makanan malaysia. hehehe.. masak hentam je lah labu.hahahha...Ayu just masak simple2 je. Pajerin Nenas & Ayam masak kicap ala thai. Dah kenyang kami balik ke Hotel.


KING PARK BOTANIC GARDEN


Tapi sebelum tu Ayu ajak abg singgah di KING PARK BOTANIC GARDEN. hehehhe..teringin nak tgk view mlm.


 Taman ni dekat je ngan Hotel. Jalan kaki pun boleh tp memandangkan atas bukit so tak mampu lah nk berjalan dgn anak2 kecil. Suhu waktu ni agak sejuk - 10c. Parking kat Park ni Free je.

Tapi syg time ni camera low bat so banyak gambar yg tak menjadi. sedih sgt...




                       View dr puncak King Park Botanic Garden


Kat sini, mmg tempat utk family picnic. Banyak yg Ayu tgk diaorg bw makanan utk picnic. Sgt bersih taman ni. Rumput yg cantik dan teratur je susunan dia.








 Wyshal dah kesejukan. Mulut dah biru. Ajak balik hotel. hahahha



   Kami balik ke hotel jam 11.00 mlm. hahhaha... semua penat, tidur tak ingat dunia. Esok dlm jadual kami akan ke shopping complex  terkenal kat Perth City ni, dia macam JPO lah. hehehhe..Tak sabar menunggu esok. Night All. Sambung ke entri berikutnya.