Friday, 2 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 8

Perth - Day 8

Hari ini dah seminggu kami di Perth. Rasa mcm tak nak blk Msia je sbb time ni di Msia mengalami jerebu yang teruk . Semua sekolah di tutup. Udara di Perth sgt segar, sejuk dan nyaman. Tiada pencemaran. Kesian Msia , disebabkan kebakaran di Indonesia , Msia juga turut menerima tempiasnya. hmmmm.....


Ok lah, malas nk berceloteh panjang lebar. Seperti yg tertera dalam jadual yg Ayu create dr Malaysia ni, Hari ni 02/10/2015  kami akan ke ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND). After that kami akan Check In di Citadine St Georges yg terletak di center Perth City. Sbb hari-hari terakhir kami akan berjalan di Perth City je. Nak melepak  and shopping apa yg patut. Insyaallah.


Pagi ni, Ayu bantu kak ayu prepare for breakfast. Kak Ayu yg baik hati menyediakan bekal utk kami bawa ke Penguin Island - bihun goreng and fruits. Best ni picnic nnt mkn simple menu. Selepas siap berkemas kami bergerak dr umah Kak Ayu pd pukul 1030pg. Jarak perjalanan dr umah Kak Ayu  di Cannington ke Penguin Island lebih kurang 50min (51km) melalui Kwinana Free Highway (kat sini jgn risau k , semua highway FREE. Tak jauh pun. So estimated kami akan sampai ke situ pada jam 1130am.



ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND)


Sampai je di Rockingham Wild Encounter, kami perlu menaiki feri ke Penguin Island. Ni link utk Penguin Island Peguin Island website. Tempat ni buka pada pukul 830am - 5pm. Parking free. Banyak package yang boleh pilih. Tapi ayu just ambik  feri and entrance je.


 Harga ticket Adult AUD15 and Child (3-12y) AUD12.50. So total 4 branak AUD42.50 (Adik Free).Klu duit Msia  lebih kurang MYR130. Dari Jetty ke Penguin Island tak jauh pun ..15min naik feri.




         Pondok menunggu feri...adik moody...minta dilepaskan.. kat sini bahaya sbb byk snake...


  Laluan utk ke feri...Mata tertutup sbb tak tahan dgn cahaya. Sedih ..Sunglass Ayu jatuh  di Augusta hari tu. waaaaa!!! 


      Dah dlm Feri. Adik pelik hahhaha...sbb 1st time kot naik feri..


               Dah sampai di seberang...welcome to Penguin Island .


                      Perjalanan di Penguin Island. Banyak taik burung.


                  Biar gambar yg berbicara...ewah ,..hahah






      Nak cari penguin....manalah ada...nama dia je penguin island..












            Kelaparan berjalan jauh. Time utk Makan. Tgk adik tu , muka tak sabar...hahahha. Abaikan kenapa ayu tutup mulut Ayu tu. heheheh








                    Nk minta pegang penguin batu..tp takut...lucu betoi lah si kecik ni...


                      Lepas makan...diaorg dah charge battery... sesi memanjat pokok :-)




                          Me , Wyshal & sekumpulan baby penguin.

Bagi Ayu tak lah berapa best sgt sini. Tapi ok lah klu utk tgk2 tempat yg luar biasa dalam pulau ni. Yg bestnya beach lah. Tenang je jiwa. Hampir 3 jam kami di sini , selepas Wyshal & adik dah penat bermain kami pun bergerak utk pulang kerana nk check in.


Planning kami akan sampai ke Hotel jam 6ptg krn time tu parking free. Tp memandangkan masih awal kami terpaksa parking di Convention center. Lagu pulak adik tak nk duduk. Tak selesa sbb membuang..hehehhe...nk tak nk mmg kena masuk hotel utk ke toilet. 


So kami bergegas dr tempat parking ke Hotel. Kebanyakkan hotel kat sini semua tepi jalan tau. Mmg tak de vallet parking @ ruang tgu sementara nk check in. Mmg susah sgt. Abg Halim just hantar kami masuk ke hotel dan dia akan kuar parking & dia akan cari tempat  lepak kat mana2  until 6. hahahha. Punya nya nak jimat . Bukan apa tak nk membazir. Kos parking yg dikenakan masa kami parking tu just 45min - AUD17. bayangkan klu convert dgn MYR53.


Yang best nye kat Perth city ni, parking kat mana2 pun kosong. Sbb rakyat dia bijak. Diorang mmg tak kan parking kerana charge yg dikenakan tinggi. Kebanyakkan mereka menggunakan Public transport. 


yeh !!! dah check in. Seriously, Citadine St Georges is the best hotel. Memang cantik. Rasa rugi Ayu tak book lama. Kami stay sini 4 hari, 3 mlm. Dengan menggunakan Expedia Hotel cheap prices


Harga utk 4 hari, 3 mlm AUD318.75 = MYR905.  Kat sini sesuai utk 4 branak sbb katil yg besar dan ada sofa bed disediakan. Bilik yg besar, senang utk Wyshal & Adik bermain.  Cantik gile bilik ni...wowowo...

Ni size Deluxe Room. Ada microwave, pinggan ,cawan ,sinki &                                              byk lagi lah

After kami check in kami just stay until maghrib. Selepas maghrib kami akan ke rumah kak ayu kerana dah janji Ayu kan masak makanan malaysia utk diaorg. Lagi pun kak ayu pregnant so teringin nak makan makanan malaysia. hehehe.. masak hentam je lah labu.hahahha...Ayu just masak simple2 je. Pajerin Nenas & Ayam masak kicap ala thai. Dah kenyang kami balik ke Hotel.


KING PARK BOTANIC GARDEN


Tapi sebelum tu Ayu ajak abg singgah di KING PARK BOTANIC GARDEN. hehehhe..teringin nak tgk view mlm.


 Taman ni dekat je ngan Hotel. Jalan kaki pun boleh tp memandangkan atas bukit so tak mampu lah nk berjalan dgn anak2 kecil. Suhu waktu ni agak sejuk - 10c. Parking kat Park ni Free je.

Tapi syg time ni camera low bat so banyak gambar yg tak menjadi. sedih sgt...




                       View dr puncak King Park Botanic Garden


Kat sini, mmg tempat utk family picnic. Banyak yg Ayu tgk diaorg bw makanan utk picnic. Sgt bersih taman ni. Rumput yg cantik dan teratur je susunan dia.








 Wyshal dah kesejukan. Mulut dah biru. Ajak balik hotel. hahahha



   Kami balik ke hotel jam 11.00 mlm. hahhaha... semua penat, tidur tak ingat dunia. Esok dlm jadual kami akan ke shopping complex  terkenal kat Perth City ni, dia macam JPO lah. hehehhe..Tak sabar menunggu esok. Night All. Sambung ke entri berikutnya.






No comments:

Post a Comment