Friday, 7 October 2016

CARAKU BERPANTANG VS KURUS (PART 2)

AYU KENANGAN BERPANTANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... Kali ni Ayu nk continue topic Berpantang VS Kurus untuk Part 2. Terima kasih kepada yang mengikuti perkembangan Ayu. :-). Ini link ke PART 1.


Step 2 - After Berpantang

Selepas berpantang 44 hari , inilah masanya untuk memikirkan soal kuruskan badan. Selepas berpantang badan Ayu still mcm tong drum. Dr 89kg hanya turun 10kg je. So, berat Ayu masih 79kg. Masih memakai baju dan seluar pregnant. Korang bayangkan masuk ofc masih pakai baju pregnant. hahahah. Hentam je lah. 

Tepat hari yg ke 45 hari , Ayu dah bertekad akan diet sediet dietnya. Kat sini Ayu just nk share bagaimana cara Ayu berdiet. Klu korang nk ikut cara Ayu pun ok, apa yang penting jangan fade up. Perlu istiqamah. 

1 - Pemakanan

Cara pengambilan pemakanan yang betul adalah salah satu cara untuk diet. Bagi Ayu, badan Ayu ni cepat naik dengan pengambilan Nasi. Apa2 yang berunsurkan nasi Ayu akan elakkan. Kita orang melayu mesti perlu dapatkan nasi juga kan , klu tak rasa ketaq lutut. Ayu hanya ambil sesenduk nasi seminggu skali sahaja , itu pun sama ada hari sabtu @ ahad. tak di akui pada minggu yang pertama memang ketaq badan. Tapi atas dasar nawaitu nk kuruskan badan Ayu nekad. 


Selama hampir 9 bulan Ayu maintain tak ambil nasi. Mesti korang fikirkan, apa yang Ayu makan setiap hari ? hahahha. Sebelum breakfast Ayu akan ambil segelas air suam bersama sedikit habbatussauda. Pastu baru fikir breakfast ,Ayu akan ambil samaada Cereal @ roti wholemeal , 2 biji telur Ayam Kampung (3 Hari skali) & Susu low fat. 

Favourite cereal Ayu ialah chocolate with raisin and almond & Original oat. 

Roti ni klu di makan semasa breakfast @ lunch , memang dapat tahan lapar. 

Good for health 


My favourite cereal. 

Susu Low fat. Apa-apa brand pun tak pe. 

Untuk lunch (selalunya kat ofc) Ayu akan makan sama ada sup sayur @ steak. Permulaan selepas pantang Ayu hanya amalkan sup sayur sawi , ikan bakar, ayam bakar  @ goreng dan sekeping roti wholemeal. Ayu hanya ambik air suam je . :-). Selepas 6 bulan baru Ayu tukar menu. 

After 6 month , pelbagai makanan dah boleh makan, untuk lunch Ayu akan ambil bihun sup , keowteow sup, spaggetti, @ roti dicicah kari dan mcm2 lagi. Air still air suam.hehehhe.

For Dinner , Ayu akan pastikan makan sebelum jam 730 mlm. Cepat2 bekalkan roti @ apa2 didalam kereta. Maklumlah KL ni jem , sampai umah dah pukul 8 mlm. Tapi klu Ayu lapar sgt pada mlm hari , Ayu just ambil buah  & Susu low fat @ Jus Avacado di blend bersama susu low fat. Itu lah diet pemakanan Ayu sepanjang 9 bulan. 

Spaggeti

Jus Avacado + susu
Fruits

Favourite sayur Ayu ialah brokoli, sawi, carrot, bendi dan tomato. 


2 - Supplement

Dah beranak dua & usia pun melangkau ke 3 series , supplement perlu di ambil untuk penjagaan luaran & dalaman. Collagen perlu di ambil apabila usia melangkau ke alam 3 series. Bagi Ayu, ayu beli mana yang mampu dan selamat digunakan. Perlu diambil secara consistent ,jgn pula hangat2 tahi ayam. Disebabkan terlalu gemuk, Ayu memilih untuk mengambil herba kurus. Puas juga mencari dan membuat research. Akhirnya ayu memilih product dari "Himalaya (Ayurslim)" sbb nama dia lebih kurang nama Ayu. hahahah.

Sebulan disyorkan untuk 2 botol. 


Tak lama pun Ayu ambil Ayurslim ni. Ayu hanya ambil 4 bulan shj diikuti dengan diet pemakanan dan exercise. Cara pengambilan Ayurslim , sehari 4 biji untuk 2 biji pagi dan 2 biji mlm. Perlu diingat, dengan pengambilan Ayurslim korang perlu minum air kosong yang banyak at least 8 glass sehari @ 1 liter sehari.

Ayu suka keenakan Vitamin C Brand Shine.


- Ayu juga mengambil 2 biji sehari Vitamin C ,kerana dengan Vitamin C korang dapat Mengatasi masalah selsema. Disamping itu dapat  menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteri dan radikal bebas. Ia juga salah satu Antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.
Salah satu penyakit mata yang selalu terjadi adalah katarak. Dengan pengambilan vitamin C dapat membantu mencegah penyakit katarak.Dalam rawatan kecantikan pula, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.
Apa yang penting , dgn Vitamin C ini dapat mengelakkan daripada penyakit kanser.

 
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan supplement), memiliki risiko lebih rendah terkena kanker payudara.

  

- Pengambilan Collagen dalam tubuh seseorang sgt perlu di awal usia 30 an. Bergantung kepada korang lah nk pilih collagen yang mcm mana. Tapi pastikan collagen yang korang pilih tidak terlalu rendah dan tinggi "mg" nya. Ayu memilih Kinohimitsu kerana byk factor. Ayu memilih yang ada sijil KKM, Halal, GMP , harga berpatutan, dan yang penting memang di jual di pharmacy yang didaftar. Skrg banyak sgt collagen yang dijual , ada yang tiada sijil tapi di promote di media massa, bila murah berduyun-duyun orang membeli dan ada juga mahal tetapi result nya cepat , berani juga orang mencuba. Bagi Ayu biar lambat resultnya asalkan selamat.



- Akhir sekali, setiap malam sebelum tidur & setiap pagi sebelum sarapan , Ayu akan mengamalkan secawan teh air rebusan akar kayu bidan kampung. Ada 1001 Khasiat air rebusan akar kayu ini. Yang paling terbaik , ia dapat memulihkan tenaga , menyegarkan badan yang lesu , tidak mudah penat selepas bekerja, merawat dara, mengetatkan dalaman wanita, mengempiskan perut, awek muda dan pelbagai khasiat lagi. Alhamdulillah, dengan berkat meminum air rebusan ini hampir 13 tahun, segala rahsia telah terbongkar. heheheh. Klu korang tak percaya , korang try lah sendiri !!!


3 - Senaman

Senaman perlu untuk wanita selepas melahirkan anak. Bagi Ayu , tanpa senaman mana mungkin dapat menurunkan berat badan. Walaupun turun, mesti badan akan nampak lembik dan lesu. Betul tak ??? Ayu just lakukan yang simple2 je . Contoh Sit-up, joging, menari (zumba) dan skipping. 


- Untuk Sit-up , Ayu akan lakukan selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Berapa kali itu  ikut kekuatan korang lah. Mcm Ayu setiap hari Ayu akan naik kan . Contoh , hari ni Ayu hanya mampu lakukan 15 kali , so esoknya ayu akan up lagi 5 kali menjadi 20 kali dan seterusnya. Tujuan dia , untuk mengempiskan perut dan mengeraskan otot perut. 





- Skipping , Ayu lakukan skipping setiap 3 @ 4 kali seminggu ..Ayu lakukan malam klu time keja , then petang klu weekend. Habis banyak Ayu bertahan 60 kali lompat je. Tujuan skipping ni untuk memecahkan lepas dibahagian peha, pinggul dan perut. Tapi dgn skipping memang cepat keluarkan peluh, begitu juga zumba.





- Zumba, di awal selepas pantang, Ayu banyak melakukan tarian zumba yang simple dan tak melompat seperti skipping. Skipping pula  Ayu lakukan selepas 5 bulan habis pantang. Zumba agak menarik kerana segala gerak geri memainkan peranan satu badan dari ujung rambut ke hujung kaki. Semua ni Ayu lakukan di rumah sahaja. Klu joging pun Ayu belari dalam umah je. CD Zumba plak Ayu minta Abang halim download kan. Senangkan. Tiada alasan untuk korang nk kurus. Ayu hanya pegang prinsip ni je "Nak 1000 daya , tak nk seribu dalih". 

Selamat Mencuba.  Muahhh kat korang semua !!!!






Thursday, 6 October 2016

CARAKU BERPANTANG VS KURUS (PART 1)


AYU KENANGAN BERPANTANG 


Title ni agak menarik bagi si Dara yang lepas berkahwin dan beranak tetiba badan naik macam tong drum. Bagi Ayu perkara macam ni sangat sensitif dan merisaukan kepada sesiapa yang mengalami keadaan yang demikian. Bila dengar orang ckp " Badan aku tak naik tau time pregnant, maintain je" memang agak menyampahlah dengar , sebab badan Ayu naik 100% dari asal. Segala bumper semua tumbuh dari atas sampai bawah. Arggggg !!!

Sedikit coretan untuk dikongsikan semasa Ayu bertekad nk kuruskan badan atas sebab sayangkan Jeans kesayangan tak muat pakai. Bayang kan bila lepas pantang 44 hari , try jean tu , sampai lutut je masuk. MasyaAllah, betapa gemuknya. Beli seluar lepas pantang size 36-37. hahaha. Lagi pula tak mampu nak beli semua baju baru & perlu beli yang bersize XL @ XXL. OMG...

Malas Ayu nk berceloteh panjang, just nak sharing apa yang Ayu makan & ambik semasa & selepas pantang untuk maintain & tak berapa nk maintain sgt lah sbb urat2 dah putuskan lepas beranak 2 ni. hehehe. Ada yang dok cakap badan Ayu cepat turun lah apa lah... dak lah makcik oiii, Ayu diet bagai nk rak...memang pulun habis & ambil masa setahun juga nak dapat mcm ni.

Ayu cerita kisah terbaru lah selepas Ayu lahirkan Teddy ye ! . Last pregnant 9 bulan berat ayu 89 kg. Sebelum pregnant berat ayu hanya 44 kg. Kenaikan yang agak melampau 45 kg. Sampai tahap Ayu lari dr clinic sebab dipaksa oleh doctor minum air gula.

Kita sebagai perempuan yang sudah melahirkan anak jangan ambil lewa tentang berpantang cara org dahulu, kerana bila kita ikut cara nenek-nenek zaman dahulu, korang akan rasa keenakan badan ni pulih macam anak dara. Bak kata Tok Ayu " org skrg ni suka hati je pantang, bila suruh itu ini, tarik muka, bagi byk alasan , hangpa jgn mcm ni, kena rajin pantang, skrg mmg tak rasa, nnt mai umoq 30 tahun ke atas baru hangpa tau " . Seriously, Ayu mmg jenis yang takut & Ayu akan pantang selagi Ayu mampu buat. In shaa Allah.

Sesiapa yang rasa menyampah nak baca, baik hangpa stop takat ni ja..sebab kat bwh ni memang panjang berjela...ok sambung lagi...

Step 1 - Selepas beranak

- Lepas je baby keluar, Mak akan bagi ayu minum air kopi yang dibancuh pekat tanpa gula , dalam setengah cawan teh ( lebih kurang 3 sudu besar kopi kampung , dibancuh dengan setengah cawan air panas ). Mak suruh minum pahit2 sampai habis, dah lah dok pening branak , skali kena minum kopi yang memang tak sedap langsung. Reason dia : Bagi mengelakkan sakit di bahagian peranakan ( Rahim) klu orang kedah sebut tak mau bagi sakit batu meroyan. 

- Telur ayam kampung bersama madu lebah sesuai di minum pada awal pagi, kerana ia akan memanaskan badan dan merawat luka dalam, selepas pengambilan madu dan telur ayam kampung, Mak akan berikan ayu minum setengah cawan air rebusan  daun inai. Tujuan di ambil adalah untuk seri muka supaya muka tidak kelihatan pucat dan tidak bermaya. Disamping itu ayu akan minum air kunyit muda yang ditumbuk. Untuk Daun Inai dan Kunyit muda , Ayu akan ambil selang sehari. Sebagai contoh , hari ni Ayu minum air daun inai, dan keesokkannya Ayu akan minum air kunyit muda.Khasiat kunyit muda adalah utk mengempiskan perut. 

- Air Daun inai itu juga, korang boleh ambil dalam secawan dan cuci muka korang dengan air tersebut bersama selawat nabi. In shaa Allah , muka korang tak kan kelihatan pucat. :-)

Daun Inai perlu direbus bersama air.

Sesudu madu dicampur dgn sebiji telur ayam kampung (tidak perlu dimasak)

Kunyit muda di tumbuk dan direbus ( Ambil air utk diminum)

- Sebelum mandi badan akan dilulur @ param selama 1 @ 2 jam bagi memanaskan badan. Ayu menggunakan lulur dari product Set berpantang Amway. Ayu akan memakai lulur setiap hari selama 14 hari. 



 - Setiap pagi dalam jam 10 -1030 pg mcm tu lah, Ayu perlu mandi air rebusan akar kayu dan daun2 herba untuk menyegarkan badan dan menaikan seri badan. Mengikut adat Siam , Ayu perlu mandi selama 44 hari sepanjang tempoh berpantang. 

Antara Daun herba yang di buat mandi. 


Minyak panas yang Ayu gunakan sepanjang dalam pantang. 
- Selepas mandi , Ayu akan sapukan minyak panas di seluruh badan , dan pakaikan pilis di bahagian dahi untuk memanaskan kepala bagi mengelak pening @ pitam. Mengelak angin merian yang dialami oleh ibu yang mengalami tekanan emosi. Mengelakkan daripada masalah rabun di usia muda Yang penting , Stokin tebal perlu dipakai siang dan mlm. Selain minyak dr amway Ayu juga menggunakan minyak gamat dan minyak kayu putih utk disapukan di seleuruh badan. Memang berbotol -botol minyak habis. hehehe.

- Campurkan Air Limau nipis bersama kapur dan sapu dibahagian perut , peha dan pinggul untuk membakar lemak , dan dapat merampingkan kembali susuk tubuh. selepas disapukan limau nipis dan kapur, Ayu memakai bengkung dari peha ke pinggang selama lebih kurang 4-6 jam sehari. (pastikan korang menggunakan kapur makan ok, bukan kapur kasut tau !!).Ayu akan sulam dengan product amway, herba peramping perut yang mempunya fungsi yang sama dgn limau nipis dan kapur. 

Limau Nipis dan Kapur.

 - Then, Mak akan bakar kan tungku dengan mengunakan batu sungai dan dialas dgn daun herba.(ayu tak ingat lah daun apa). Bertungku memang best utk peredaran darah dan dapat memulihkan tenaga. Kebaikan bertungku ni dapat membakar lemak dan membuang angin secara semula jadi. Tapi kadang datang tahap mls mmg Mak akan mengamuk. 

Ada cerita lucu disebalik Ayu berpantang ni.. hahahha..., pukul 4 pagi Mak bagi tungku untuk Ayu bertungku, korang bayangkanlah kul 4 pagi, time tu memang sedap tidur oooii..ada ke patut kul 4 pagi suh pegang batu...hahha.. apalagi dok pening2 akhirnya Ayu tertidur, tungku kat tepi perut atas tilam, tetiba je bau asap..berasap..hahah...Rupa2 nya tilam dah terbakar...sampai belubang...hahah..ngamuk mak Ayu...pastu dengarlah leteran mak yang panjang lebar. 

Lebih kurang macam ni tungku yg kat umah ayu. Sumber : Google
- Bertungku ni Ayu amalkan sampai 6 bulan. Selepas 6 bulan Ayu masih bertungku , tapi 2 minggu skali je , itu pun tungku moden, yang cas tu. Oklah kan..kira bertungku sudah. 

- Selepas 9-14 hari dalam berpantang, bidan akan datang kerumah utk mengurut satu badan. Kenapa Ayu lambat mengurut sbb ank pertama jahitan Ayu full , and 2nd baby C section. Urutan dibuat 3 pagi berturut-turut. Masa urut ni lah yang paling best. rasa badan ringan sgt. Urutan ke 2 akan dilakukan seminggu sebelum habis pantang. Urutan ketiga 3 bulan selepas pantang , dan seterusnya 3 @ 6 bulan sekali. Dah blk KL susah skit nk dapat tukang urut yang best tapi alhamdulillah ada tukang urut yang agak ok , dapat dtg umah. So setiap 3 bulan @ 5 bulan bidan tu akan dtg umah. Tapi cas dia agak tinggi. Skali urut RM100. 

- Basuhan bawah , Ayu hanya menggunakan basuhan air rebusan daun sirih. Korang cuci daun sireh dalam 4@5 helai, rebus sehingga mendidih, dah suam korang cuci lah kat bwh. Tujuan dapat menyegarkan alat sulit dan dapat mewangi dan menghilangkan bau henyir darah nifas. 

- Soal Pemakanan, korang pun tahu kan, org dalam pantang ni memang makanan dia paling sedap lah. sepanjang 2 minggu pertama Ayu hanya makan ikan haruan bakar , halia mentah, lada, kurma dan limau sunkist. Di samping itu setiap pg dan malam ayu akan minum pati ikan haruan selama 2 minggu. Setiap 3 hari Mak akan bagi ayu telan Hempedu ikan haruan yang mentah2 tu. huhuhu...memang meremang bulu roma nk telan menda alah tu. Tujuan dia sbb nk luka dalam cepat baik. Alhamdulillah berkat pantang semuanya sihat luar dan dalam. 
Untuk minuman Ayu hanya amalkan air suam, air glucose (orange) , air kopi kampung cicah biskut hup seng. mmg sedap. 

Memberi tenaga selepas kehilangan banyak darah selepas bersalin. 

Membuang angin yg banyak di dalam badan selepas bersalin.

Dibakar @ Dibuat sup. Menyembuhkan luka dalam dengan cepat.

Menyembuhkan luka dalam.
Antara Pati Ikan Haruam yang Ayu amalkan. 

- Begitu lah seterusnya sehingga habis berpantang. Orang2 siam berpantang selama 100 hari utk bersama suami, 6 bulan berpantang dalam pemakanan cth seafood, bihun, mee, keowteow, buah2 yang sejuk etc), setahun lebih berpantang dalam makanan yang agak berbisa cth ais batu, laksa , kuah laksa yang dimasak dgn bunga kantan, nangka, dokong , air kelapa adalah air yg paling berbisa. So sampai skrg ayu memang tak pernah ambik nangka, dokong, laksa & air kelapa. Klu ais tu kadang2 teringin ambik juga lah . heheheh...

Step 2 - After berpantang

Continue the next part ok. hehehheh...  






Friday, 30 September 2016

MY BALLERINA - ARIA WYSHAL


MY BALLERINA


Dah lama rasanya Ayu tak menjenguk blog diri sendiri, dgn asyik sibuk menjenguk blog orang lain untuk mencari segala information tentang percutian seterusnya, dah lupa yang Ayu ni mempunyai blog yang tak berapa nak glamour gitu. hehehe.



Bila mana rakan-rakan fb & instagram bertanya tentang my ballerina, lebih mudah rasanya jika Ayu berkongsi terus di dalam penulisan Ayu yang tak seberapa ini. Pertanyaan yang banyak mengenai yuran, waktu class dan exam. Tunggu ye Ayu akan inform kat korang nanti. In shaa Allah.



Disini, Ayu mulakan cerita dari permulaan hingga sekarang mengenai minat Wyshal untuk menari Ballet semenjak usia 3 tahun lagi. Bila Ayu tanya Wyshal nanti umur 4 tahun nk masuk kelas apa? Piano, Silat, Karatedo, @ Dance ?. Wyshal tetap menjawab nak jadi macam Barbie. Nak menari Ballet. Dalam bulan June ,selepas blk dr Bali , Ayu ada pergi The curve , time tu dekat ruang legar ada show Barbie & the Pink Shoes, then kat situ juga Danceology Ballet Academy tengah open registration. Wyshal dah excited tengok semua tu, tp Ayu still tak register dia memandangkan fee agak tinggi , lagi pula gaji pun belum masuk, so just ambil name card je lah. Dari hari tu Wyshal asyik sebut2 je nk masuk ballet & setiap hari dia akan tengok Barbie & the Pink Shoes.


Yang ni lah yang menjadi kegilaan Aria Wyshal. Thanks Barbie hehehe.
Memandangkan minat yang mendalam, aku nekad dan berjanji akan masukkan wyshal dr grade awal hingga grade akhir, In shaa Allah. Semua bergantung kepada semangat parent untuk meluangkan masa untuk menghantar anak-anak mengikut kelas yang diambil. Minat dah ada cuma semangat parent sahaja yang menentukan semuanya. Betul tak ??. Kalau tak silap Ayu pada 6 July 2013, Ayu ajak Abg Halim pergi ke Danceology Ballet Academy yang terletak di Damansara Perdana. Time tu memang dah nekad nk masukkan Wyshal belajar step as a ballerina. So main naik je & jumpa dengan Teacher Jasmeen (owner). Bila Ayu tgk je dia  memang terkejut lah, lemah lembut, cakap pun lembut je, cantik, tinggi lampai, & sopan santun sgt. T.Jasmeen , just mention kebaikan seorang ballerina. Dalam Ballerina bukan sahaja di ajar menari , tapi diajar cara- cara percakapan , berjalan, penampilan, sebagai seorang princess.heheheh. Tarian Ballet ni adalah tarian bangsawan masyarakat dahulu. Benda baik tak salah kita mencuba.


1st thing nak masuk ballet ni , kena ukur kaki utk order Ballet shoes. Then set pakaian ballet lah mengikut grade. Grade pertama ialah PPID. (Pre Primary In Dance).



Comel sgt Wyshal berkasut Ballet. 1st Ballet Shoes.

 Untuk yuran pendaftaran RM200, monthly fees RM85(deposit) + RM85 (current month), RM71 (Ballet Shoes) , RM79 (leotard) , RM9 (Ballet Sock) +  RM59 (Skirt) = Total RM588.00.


Class kita boleh pilih untuk nak join hari apa tapi senarai yang dipaparkan mengikut grade. Weekend pun ada class, don't worry ok.

Ist time Wyshal join Ballet Class. Good Luck my baby.

Setiap tahun , jika performance bagus, diaorg akan ambik exam. Macam wyshal 2014 akan ambik exam utk PPID. Untuk Fees Exam , harga mengikut grade. PPID RM160 @ Federal Academy of Ballet, Petaling Jaya. Kalau tak lulus student perlu repeat. Wyshal ambik exam Sep 2014. After lulus Wyshal masuk grade baru PID (Primary In Dance). 1 year belajar & take the exam if performance bagus.



Waiting for Exam


With Teacher


With Fav Teacher :-)


Ballerina PPID
Selepas 2 bulan menunggu result, Alhamdulillah Wyshal dapat Result cemerlang. Wyshal dapat Top 1 untuk batch Wyshal. Mummy sgt bangga dengan Ballerina mummy. :-). Certificate di keluarkan oleh Royal Academy of Dance (Queen Elizabeth).







Alhamdulillah Wyshal dapat ambil exam yang ke 2. Sepatutnya Wyshal perlu ambil pada March 2016, Tapi memandangkan 2015 Wyshal banyak cuti , sbb mummy ada baby so Wyshal terpaksa ambil Sep 2016. Untuk Sep Exam terpaksa lah wyshal menghadapi exam seorang diri. Wyshal perlu masuk private class untuk memudahkan Wyshal  belajar secara detail untuk menghadapi exam.



Harga untuk private class ialah RM35 per 30 min. So sebulan ada 4 kali . RM35 x 4 weeks = RM140. Yuran utk PID Exam ialah RM210. Nov ni Result PID keluar. Seram sejuk Ayu nk tgu result wyshal ni. heheheh.





Waiting for PID Exam.

Teacher kesayangan Wyshal :-)

Last sekali untuk concert. Setiap tahun Danceology akan adakan concert. Time concert ni memang best sgt. Rasa taksub tengok lenggokkan badan dan berdirinya seorang Ballerina dengan ujung jari kaki. Pergggg dasyat.  Bayaran untuk concert hanya perlu bayar untuk costume. Dan bagi ibu bapa perlu membeli tiket seat. Selalunya Concert akan diadakan di Pentas Theater. 


Seingat Ayu untuk concert yang pertama, bayaran utk costume RM 165 , dan setiap seat RM35. 



Cute semua baby-baby ni...Geram tgk !!!


Wyshal - Kanan ujung (blkg). 





Now, waiting for 2nd concert @ Nov 2016. Wyshal busy berlatih utk preparation for concert. Chaiyok2 baby. Untuk Fees 2nd Concert ni lebih kurang lah harga concert yang pertama. 



Wait & See.........................................




Rasanya dah detail utk korang refer. So lepas ni boleh lah korang explore ank korang yang ada minat mcm Wyshal. Bagus sebenarnya utk perkembangan minda anak-anak bila join any dance class. Nak memupuk semangat keberanian dan disiplin dalam diri anak. In Shaa Allah, semoga wyshal berjaya menjadi seorang Ballerina yang berjaya suatu hari nanti. Aamin...

Tuesday, 23 August 2016

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) - Ayu dalam Dilemma



WABAK HFMD

Syukur Alhamdulillah, Adik sepenuhnya sihat dari wabak HFMD. Disini Ayu nk cerita sedikit tentang bagaimana adik boleh terkena jangkitan HFMD dan bagaimana cara Ayu cuba merawat Adik dan dengan izin Allah, Adik sihat sepenuhnya dalam masa 2 @ 3 hari. 


Apa itu HFMD?

HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu,segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

                        ( Sumber : Postal Kementerian Kesihatan Malaysia)



Selepas balik dari open house raya anak buah, Adik dah start demam. Kebetulan time open house tu anak sulung anak buah dijangkiti HFMD. Tapi tak serius , alhamdulillah. Hari pertama Adik demam biasa. Ayu just bg ubat. 2 nd day demam makin menjadi dan dia tak dpt nk jalan sebab ada naik biji di tepi peha. Tengok biji yang naik tu macam Chickenpox. Asyik sebut " Mummy , tatit, Mummy, tatit".Kesiannya dengar. Malam tu juga Ayu ajak A.Halim g specialist yang biasa Ayu pegi. Adik & Wyshal dari kecil dengan Doc Tan tu. So senang skit. Walaupun agak jauh,yang penting adik sihat.


Dah sampai klinik , Ayu baru perasan kat tangan pun ada naik sikit. Tapi doc sahkan adik kena Chickenpox. Syukur Alhamdulillah. Balik rumah ayu pakaikan adik ubat sapu, ubat spray kedalam mulut dan ubat makan. 


For the next day bertambah naik di tangan dan mulut. Wlupun tak banyak , Ayu agak risau. Yang Ayu pelik di badan tak de plak. Menurut org-org tua dulu-dulu, Chickenpox ni selalu akan naik kat kepala tapi adik punya tak de plak. Terasa hati ni dah tak sedap. Cepat-cepat Ayu ajak A.Halim ke HUKM pula. A.Halim turut je apa yang ayu inginkan. Mungkin dia pun risau melihat keadaan adik. Tapi Alhamdulillah Adik tak de demam. Sampai HUKM , buat rawatan sekali lagi. Sampai turn jumpa doctor dah rasa berdebar-debar. Dalam setengah jam juga doc check adik. Terlalu detail doc mengenal pasti penyakit adik. Akhirnya doc bersuara , klu tgk dr segi luaran lebih kepada chickenpox , tapi disebabkan ada ulcer didalam mulut, adik lebih terkena jangkitan MFMD, Virus ni tak bahaya , sama sahaja macam chickenpox. Yang penting jangan dedahkan dia dikawasan orang ramai. Alhamduillah akhirnya Ayu dah tahu yang HFMD ni tak berbahaya kalau pencegahan awal diambil dan dengar nasihat doc.Doc tak de bagi apa-apa ubat. Cuma perlu buat rawatan dirumah je.  


Kebetulan Mak akan datang KL pada keesokan hari untuk menjaga adik kerana babysitter (Amma) akan bercuti selama 2bulan. Kat situ pun dah merisaukan Ayu. Adik tak sihat, berpisah pula dengan Amma dan nanti akan berpisah dengan Ayu , Daddy & Kakak. Kesian Ya Allah. Kuatkanlah semangat Adik & peliharakan Adik dari segala penyakit dan sembuhkanlah apa yang telah engkau hadiahkan. Ayu ada minta mak bawakan air penawar yang dibuat oleh abah. Air yang abah buat ni utk sejukan badan adik dan melegakan penyakit adik ini. Kita manusia perlu berusaha, In shaa Allah , klu kita yakin dengan Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Aminn. 


Di bawah ni Ayu nk share cara Ayu rawat Adik : 

1) Sabun Marine Essence (Hai O)


Setiap hari Ayu mandikan adik dengan menggunakan sabun garam buluh dr Hai O iaitu sabun marine essence utk melegakan gatal2,menghilangkan parut dan mengecutkan biji-biji yang tumbuh ditangan dan dimulut adik. Sabun ni memang terbaik, dengan 2,3 kali mandi semua biji-biji tu dah kecut. Gunakan sabun ini dengan selawat dan bacaan doa syifa. In shaa Allah. 

2. Calamine Lotion & Cream 


Kemudian ayu akan sapu dengan sapuan Calamine Lotion bersama dengan Cream (tak ingat ayu cream apa). Calamine ni fungsi dia untuk mengurangkan rasa gatal. 


3. Bubur Nasi, Buah & Sayuran

Dalam waktu rawatan ni selama hampir dua minggu Ayu bagi adik makan bubur nasi yang dimasak dengan halia dan bawang putih (perbanyakkan bawang putih untuk kesan terbaik). Ayu juga masukan ikan, ayam @ daging, carrot, brocoli dan sayur-sayuran lain. Yang bestnya adik ni memang penggemar buah dan sayur, so senanglah nk bagi. Tak perlu kot nak memaksa kan !!!!

4. Habbatussauda'



Di samping itu Ayu juga blend habbatussauda sehingga hancur dah masukkan secubit beserta selawat dan niat kedalam susu (botol susu- shake sehingga sebati). Sib baik Adik tak perasaan. hahhaha..Ok je dia minum, tak de complaint apa-apa pun. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, selepas seminggu quarantine Adik sihat sepenuhnya. 


After 2 weeks kesan parut makin pudar. Selera makan makin menjadi dan makin membesar dengan jayanya. Terima kasih kepada family yang sentiasa memberi semangat kepada Ayu dan A.halim. Love U All. 


 Selepas Adik sihat sepenuhnya, adik di bawa oleh Tok & Tokwan ke Kedah. huhuhu sedih tak  terkata. Tapi Adik macam relaxs je ikut Tokwan. Tak menangis, tak tanya tentang mummy, daddy @ kakak. Macam tak de apa2 yang berlaku. Kami kat sini yang sentiasa bersedih. Tengok je gambar2 comel adik mesti mata berair. huhuhu... Take Care Baby. Mummy, Kakak & Daddy Love u so Much.

# Pesanan : Kepada semua pembaca blog Ayu ni, untuk anak2 yang terkena penyakit HFMD jangan rasa down, take positif, jangan kalut, jangan takut, ikut nasihat doktor, cuba yang terbaik, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menyediakan dan berkorban untuk tidak lupa @ lambat memberi ubat dan sebagainya. Perlu tepati masa dan Yakin dengan Allah bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya. Wallahualam...Akhir kalam , Ayu sertakan Doa syifa untuk semua.