Sunday, 4 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 10

Perth - Day 10

Hari ni hari Ahad. Free Parking kat Perth city. Hari ni juga kitaorang perlu hantar kereta yg disewa kat tempat yg ambik  hari tu (Airport). Senang je cara nk hantar kreta ni, masa pick up diaorang dh bg map kat mana kereta perlu diletakkan dah kat area situ ada kaunter untuk penghantaran kunci. Tak perlu nk sign document apa bagai. Senang sungguh. Yg penting masa penghantaran perlu sharp ok. Klu tak melayang lah duit (bond) AUD100 yang dibyr time pick up tu. Banyak juga tu AUD100.


Ni dia signboard untuk sesiapa yg nk parking..kena faham elok2...

Sebelum kitaorang hantar, ayu dh pastikan petrol refill full tank, & perlu simpan resit minyak tu untuk di beri bersama kunci kereta nnt. Diaorang akan check yg kreta yang dah dipulangkan full tank, klu tak duit bond akan lesap @ kad kredit korang tetiba je baki berkurang. hahahaa. Satu lagi pastikan sampah di buang ok.

Hari ni Abang DD yang baik hati tunggu kitaorang kat bwh hotel & bergerak skali ke airport. Dah settle kereta , Abang DD hantar kitaorang ke FREMANTLE MARKET. Tak nk susahkan abg DD, kitaorg just minta dia hantar je , nnt blk kitaorang blk sendiri. On my planning nk naik bus :-). Ayu ada baca blog sebelum ni, kat sini memang ramai org dtg utk beli souvenir dan makan Fish & Chip yang fresh. nyum nyum. Belum makan dah nyum nyum. Hopefully apa yang diaorang ckp sedap tu betoi lah ye. Kitaorang jalan2 dekat  PERTH'S BARRACK STREET JETTY & CAPTAIN COOK CRUISE, Semua ni dekat-dekat je.

Barang-barang souvenir memang murah sgt kat sana berbanding kat tempat lain. Ada satu tempat tu memang murah sgt. Nama kedai tu E shed (Megabes Shop). Korang g lah cari uncle ni, pasti korang dpt discount yang agak best murah dia. Barang2 kat sini berquality tinggi juga. Ayu tak byk shopping pun, just beli skit-skit je untuk kenang kenangan sbb dlm otak ni dok fikir, tak pe pasni leh dtg lagi. hahahahha...Ayu beli T-shirt untuk Wyshal & Washyl (AUD8 setiap satu) , Sweater Wyshal (AUD13), Sweater Ayu (AUD15), Key chain 3 pack (AUD12), Nougat 6 pack (AUD20) & untuk mummy Aus bag utk pergi market hehehe (AUD10).

Dah settle kat E-shed, perut dah start berbunyi dan menari-nari. Yeh!! teringat lg dgn blogger2. Kebanyakan ckp best makan kat Kailis' ( FISH & CHIP terbaik ). Apalagi kitaorg pun start cari lah kat mana area tempat tu. Tak jauh dr E-shed je. Tak besar sgt tempat ni, pusing-pusing pasti jumpa. Dah sampai terus Q, sbb Ayu tgk semua org Q. kat sini self services ye. mmg Seafood je ada jual kat sini. Harga ok lah sbb portion dia besar. satu set boleh 3 dewasa makan.Byk kan !!!!  Rugi cik hubby tak makan ikan. Terpaksalah Ayu habis kan bersama budak comey 2 org ni. Memang tak habis. Abg Halim just makan garlic bread and mushroom soup + fries. So Ayu order  Fish & Chip Set AUD18 & Ice Lemon Tea AUD2.50 & Susu Coklat AUD1.50, Abg.Halim punya set AUD10 with hot coffee. Total AUD32. Ramai sgt org kat sini, table full, makan plak tepi jetty, heaven n angin sepoi sepoi bahasa..fullamak..best ehhh!!!!

#Gambar kat bawah tu gambar sementara mencari Kailis'. Building kat sini building lama2 yg masih dijaga rapi utk menampakkan seni bina klasik utk tarikan pelancong. 


Salah satu building lama yg terdapat di Fremantle area.



Kat tiang pun nk bergambar...

Sunyi je jln.... 
Memandangkan jam dah pukul 4pm, kitaorg pun rasa dah boleh gerak blk hotel. Tetiba je suami ank buah A.Halim call nk jumpa. dia baru sampai dr kuching smlm. Dia mmg stay sini. So kitaorang tgu dulu lah. bukan sll jumpa. Dah jumpa and sambung makan lagi , nak gerak balik, Si ank buah tumpangkan kitaorg blk ke Hotel. Tak kesampaian lah nk naik bus. hehehhe....Anyway thanks ya hantar kitaorg blk hotel.



Gambar di ambil dr google.



Yeh !! dah dapat makan..nyum nyum...

Bersama Sazzy, Anak buah Abg Halim :-)
Dah sampai Hotel , rehat kan diri, bersihkan diri, kemas bag utk check out esok dan masak for utk dinner. Planning mlm ni nk jalan2 kat bwh hotel tu je , nak merasai suasana mlm ni perth city. Tp yg tak bestnye confirm sunyi je sbb kul 5 semua kedai dah tutup. Hahahaha.

Malam kitaorang habiskan masa dlm hotel je rasanye. Best lagi kot.Bilik yang selesa memang mls nk keluar. 


Suasana dalam bilik hotel. 

Kita sambung episod seterusnya. Perth Day 11. Lusa dah terbang blk KL. Esok je lagi masa utk explore Perth City. 



Saturday, 3 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 9

Perth - Day 9

Huh...dah hampir 3 bln Ayu tak menjenguk blog untuk menyambung cerita yang tak seberapa nak menarik perhatian semua ni. Let go !! kita sambung slow2.  Kali ni Ayu nak continue untuk hari yang ke 9 perjalanan ayu di Perth.


Hari ini hari yg terbaik utk berehat. Klu ikutkan jadual kami akan ke Yanchep tp setelah berbincang dgn Abg Halim akhirnya ambik keputusan tak jd pergi. Jarak perjalanan ke sana mengambil masa 4-5jam. So hari ni kami akan habiskan masa bershopping & berehat di bilik hotel. Dah penat sgt berjalan tak henti2 since sampai ke Perth belum ada rehat lagi.

Tempat shopping yg terkenal dan yang terbaik kat sini  ialah WATER TOWN BRAND OUTLET CENTRE@ WELLINGTON TOWN. Water Town ni mcm JPO lah.Sememangnya disebut-sebut org, tempat ni murah dan murah dan murah..hehehhe. Water Town terletak di Perth City. Dr hotel Citadine dekat je. Jarak antara Hotel ke Water Town hanya 15min. Boleh klu nk berjalan. Lebih kurang 1.2km. Tak sanggup Ayu nk berjalan ngan anak2. Parking kat sini tak mahal sgt. 1 Hours AUD5. Pandai2 lah you all planning nak berapa jam.

WATER TOWN BRAND OUTLET CENTRE

Kami sampai di Water Town jam 1130pg. Water Town Brand Outlet Centre. Ni information detail. Just click kat link yg Ayu bg tu. Wow...best. Tapi cantik lagi JPO. Tempat ni kat tgh2 city. mmg tak nmpak mcm supermarket. Simple je. Banyak sgt kedai dan brg2 dia not bad. murah sgt. Memandangkan currency Msia jatuh so klu convert pun ok lah. still dpt murah dr Msia.

Ayu just beli Pink Sport Shoes ,Palazzo & brg perempuan yg sememangnya sgt murah, Wyshal pun beli Pink Sport Shoes and Jumpsuit and Adik beli sport shoes and tshirt. Abg Halim grab Cap & Tshirt. Murah je ..Total brg semua tu AUD150. hahahha.....caya lah...


Gambar ni bukan Ayu ambik. Tapi ni gambar dr Tripadvisor. 

Ni antara deretan kedai yang ada kat Water Town. Rasanya klu spend 3-4 jam untuk shopping pun dah cukup. Gambar kat bwh tu gambar kasut yang Ayu sempat beli.Cantik tak ??? Pink gitu u all... Murah dan tersangat murah. Beli ni sbb sebagai kenang-kenangan. Entah bila pula nk mai sini lagi. 
Kasut Abg Halim tu bukan dia..tu beli kat Msia. hehehheh
Sepanjang hari we all habiskan masa kat sini je. Lagi pun kuar dari hotel dah lambat. Jam 1100 am baru kuar. Kat sini, you all jgn risau, ada jual makanan halal. Ada Kebab dan Nasi Arab. We all makan Donut dah minum coffee je. Lagi pun kat hotel dah makan td before turun. Dalam jam 4.30 pm, kami bergerak balik hotel untuk bersiap2 ke rumah Kakak Ayu. Best sebenarnya ada saudara kat sini. hehhehe.... Lagi pun esok kitaorg dah patah kaki sbb kereta kena hantar esok. Sekejab je masa berlalu. Dah 9 hari di bumi Perth ni. Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk Ayu & family.

Yes...Continue the next day . Perth - Day 10





Friday, 2 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 8

Perth - Day 8

Hari ini dah seminggu kami di Perth. Rasa mcm tak nak blk Msia je sbb time ni di Msia mengalami jerebu yang teruk . Semua sekolah di tutup. Udara di Perth sgt segar, sejuk dan nyaman. Tiada pencemaran. Kesian Msia , disebabkan kebakaran di Indonesia , Msia juga turut menerima tempiasnya. hmmmm.....


Ok lah, malas nk berceloteh panjang lebar. Seperti yg tertera dalam jadual yg Ayu create dr Malaysia ni, Hari ni 02/10/2015  kami akan ke ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND). After that kami akan Check In di Citadine St Georges yg terletak di center Perth City. Sbb hari-hari terakhir kami akan berjalan di Perth City je. Nak melepak  and shopping apa yg patut. Insyaallah.


Pagi ni, Ayu bantu kak ayu prepare for breakfast. Kak Ayu yg baik hati menyediakan bekal utk kami bawa ke Penguin Island - bihun goreng and fruits. Best ni picnic nnt mkn simple menu. Selepas siap berkemas kami bergerak dr umah Kak Ayu pd pukul 1030pg. Jarak perjalanan dr umah Kak Ayu  di Cannington ke Penguin Island lebih kurang 50min (51km) melalui Kwinana Free Highway (kat sini jgn risau k , semua highway FREE. Tak jauh pun. So estimated kami akan sampai ke situ pada jam 1130am.



ROCKINGHAM WILD ENCOUNTER (PENGUIN ISLAND)


Sampai je di Rockingham Wild Encounter, kami perlu menaiki feri ke Penguin Island. Ni link utk Penguin Island Peguin Island website. Tempat ni buka pada pukul 830am - 5pm. Parking free. Banyak package yang boleh pilih. Tapi ayu just ambik  feri and entrance je.


 Harga ticket Adult AUD15 and Child (3-12y) AUD12.50. So total 4 branak AUD42.50 (Adik Free).Klu duit Msia  lebih kurang MYR130. Dari Jetty ke Penguin Island tak jauh pun ..15min naik feri.




         Pondok menunggu feri...adik moody...minta dilepaskan.. kat sini bahaya sbb byk snake...


  Laluan utk ke feri...Mata tertutup sbb tak tahan dgn cahaya. Sedih ..Sunglass Ayu jatuh  di Augusta hari tu. waaaaa!!! 


      Dah dlm Feri. Adik pelik hahhaha...sbb 1st time kot naik feri..


               Dah sampai di seberang...welcome to Penguin Island .


                      Perjalanan di Penguin Island. Banyak taik burung.


                  Biar gambar yg berbicara...ewah ,..hahah






      Nak cari penguin....manalah ada...nama dia je penguin island..












            Kelaparan berjalan jauh. Time utk Makan. Tgk adik tu , muka tak sabar...hahahha. Abaikan kenapa ayu tutup mulut Ayu tu. heheheh








                    Nk minta pegang penguin batu..tp takut...lucu betoi lah si kecik ni...


                      Lepas makan...diaorg dah charge battery... sesi memanjat pokok :-)




                          Me , Wyshal & sekumpulan baby penguin.

Bagi Ayu tak lah berapa best sgt sini. Tapi ok lah klu utk tgk2 tempat yg luar biasa dalam pulau ni. Yg bestnya beach lah. Tenang je jiwa. Hampir 3 jam kami di sini , selepas Wyshal & adik dah penat bermain kami pun bergerak utk pulang kerana nk check in.


Planning kami akan sampai ke Hotel jam 6ptg krn time tu parking free. Tp memandangkan masih awal kami terpaksa parking di Convention center. Lagu pulak adik tak nk duduk. Tak selesa sbb membuang..hehehhe...nk tak nk mmg kena masuk hotel utk ke toilet. 


So kami bergegas dr tempat parking ke Hotel. Kebanyakkan hotel kat sini semua tepi jalan tau. Mmg tak de vallet parking @ ruang tgu sementara nk check in. Mmg susah sgt. Abg Halim just hantar kami masuk ke hotel dan dia akan kuar parking & dia akan cari tempat  lepak kat mana2  until 6. hahahha. Punya nya nak jimat . Bukan apa tak nk membazir. Kos parking yg dikenakan masa kami parking tu just 45min - AUD17. bayangkan klu convert dgn MYR53.


Yang best nye kat Perth city ni, parking kat mana2 pun kosong. Sbb rakyat dia bijak. Diorang mmg tak kan parking kerana charge yg dikenakan tinggi. Kebanyakkan mereka menggunakan Public transport. 


yeh !!! dah check in. Seriously, Citadine St Georges is the best hotel. Memang cantik. Rasa rugi Ayu tak book lama. Kami stay sini 4 hari, 3 mlm. Dengan menggunakan Expedia Hotel cheap prices


Harga utk 4 hari, 3 mlm AUD318.75 = MYR905.  Kat sini sesuai utk 4 branak sbb katil yg besar dan ada sofa bed disediakan. Bilik yg besar, senang utk Wyshal & Adik bermain.  Cantik gile bilik ni...wowowo...

Ni size Deluxe Room. Ada microwave, pinggan ,cawan ,sinki &                                              byk lagi lah

After kami check in kami just stay until maghrib. Selepas maghrib kami akan ke rumah kak ayu kerana dah janji Ayu kan masak makanan malaysia utk diaorg. Lagi pun kak ayu pregnant so teringin nak makan makanan malaysia. hehehe.. masak hentam je lah labu.hahahha...Ayu just masak simple2 je. Pajerin Nenas & Ayam masak kicap ala thai. Dah kenyang kami balik ke Hotel.


KING PARK BOTANIC GARDEN


Tapi sebelum tu Ayu ajak abg singgah di KING PARK BOTANIC GARDEN. hehehhe..teringin nak tgk view mlm.


 Taman ni dekat je ngan Hotel. Jalan kaki pun boleh tp memandangkan atas bukit so tak mampu lah nk berjalan dgn anak2 kecil. Suhu waktu ni agak sejuk - 10c. Parking kat Park ni Free je.

Tapi syg time ni camera low bat so banyak gambar yg tak menjadi. sedih sgt...




                       View dr puncak King Park Botanic Garden


Kat sini, mmg tempat utk family picnic. Banyak yg Ayu tgk diaorg bw makanan utk picnic. Sgt bersih taman ni. Rumput yg cantik dan teratur je susunan dia.








 Wyshal dah kesejukan. Mulut dah biru. Ajak balik hotel. hahahha



   Kami balik ke hotel jam 11.00 mlm. hahhaha... semua penat, tidur tak ingat dunia. Esok dlm jadual kami akan ke shopping complex  terkenal kat Perth City ni, dia macam JPO lah. hehehhe..Tak sabar menunggu esok. Night All. Sambung ke entri berikutnya.






Thursday, 1 October 2015

PERCUTIAN KE PERTH - DAY 7

Perth - Day 7

Seperti hari biasa, selepas selesai subuh, prepare makanan utk bekalan & breakfast, siapkan diri sebelum Wyshal & Adeq bangun. Just simple breakfast - cereal with fresh milk , bread and for lunch nasi goreng and chicken fingers. 

Mengikut jadual hari ini, kami akan ke CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE (AUGUSTA), THE MARGARET RIVER CHOCOLATE COMPANY & BUSSELTON JETTY.

Jadual kami sgt padat hari ini. Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami. 


Sebelum check out kami round2 di kwsn penginapan utk mengambil gambar.Kawasan disini sgt cantik. Klu ikut dlm jadual sepatutnye check out jam 8pg. Susah lah klu nk check out awal sgt. Anak2 masih tidur. Tak pasal2 menangis. Nama pun holidaykan so kena relaxs. 


Hari dah siang, baru nampak apa yg ada di sini..tempat yg cantik dah sesuai utk family holiday. Kat sini tempat bbq, camping, berkayak di tasik semua di sediakan.




Sorry,gambar hitam sbb gambar2 ni Ayu yg ambik. Camera man bz skit. Ayu mmg tak pandai nk setting camera2 yg moden ni. Main ambik je... hahaha








Kat sinilah tempat berkayak. Ini ialah  Margaret River. Nama je sungai tp macam tasik. Besar sgt.




Dah selesai bergambar, Kami meneruskan perjalanan ke Destinasi pertama CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE (AUGUSTA). Perjalanan dr Riverview Tourist Park ke Cape Leeuwin lebih kurang 40min (52km) via Bussell Highway. Kami singgah sebentar di Augusta Town utk refill petrol. Abg Halim refill AUD30.


CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE (AUGUSTA)

This is truly one of the great capes of the world and also Western Australia's tallest lighthouse – Cape Leeuwin Lighthouse.
The powerful Indian and Southern Oceans converge at this famous landmark. The historic Cape Leeuwin Lighthouse near Augusta is situated at the most south westerly tip of Australia. This famous landmark is over 100 years old and remains an important working lighthouse and collection point for meteorological data. 
CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE (AUGUSTA) (just click utk masuk ke link Cape Leeuwin)

Bayaran utk masuk ke sini ada 3 package. 


  • Package 1 ialah masuk dan melawat disekitar kawasan AUD7 - Adult , AUD5 - Child ( 7-12y) , 
  • Package 2 add on tourist guide AUD10. 
  • Package 3, masuk & melawat sekitar dan naik ke atas Cape Leeuwin AUD18-Adult, AUD8- Child : syarat naik keatas hanya kanak2 yg berumur 9 tahun keatas sahaja dibenarkan. 

Laluan ke Cape ni mmg cantik. Laluan di tepi pandai dan jalan di kaki bukit amat menenangkan, dgn permandangan yang indah.. Subhanallah, tak dpt nak ckp. 

Di Cape ni kita dpt lihat Lautan hindi bergabung dengan southern Oceans. Angin yg kuat , rasa mcm nk terbang. Memang best sgt kat sini. Sesiapa yg dtg ke Perth ni..luangkan masa ke sini. Pasti teruja dgn kehebatan ciptaan Allah SWT. 

Main Gate Cape Leeuwin Lighthouse


Sebelum beli ticket, ambil gambar dulu !!!



Southern Ocean




Tak tahu lah kenapa tetiba je lembu ni ada kat sini... history tak de dlm record. Yg peningnye knp lah budak2 ni suka sgt ngan lembu ni... hadoi...!!Berebut2








Nak teropong whale..hahhaa






Org yg jaga Cape Leeuwin ni tolong ambik gambar kami 4 branak..TQ SIR











Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg ke 2, "THE MARGARET RIVER CHOCOLATE COMPANY". Sebelum berangkat kami singgah di persisiran pantai utk lunch krn jam dah pukul 200pm. Perut pun dah lapar. Time makan ni lupa nak ambik gambar. hehehe...

THE MARGARET RIVER CHOCOLATE COMPANY 

Perjalanan dari Cape Leeuwin Lighthouse ke Chocolate Company lebih kurang 1 jam (73km).

 Kami ke sana hanya utk membeli chocolate & melawat kilang membuat chocolate. Disini ada lah salah satu tempat popular yang menerima kunjungan pelancong pd setiap tahun. Dalam jam 315pm kami sampai di sini. 


Abg Halim tak masuk kerana jaga Adeq tidur. So Ayu & Wyshal je masuk, Tak de apa sgt pun. Mahal juga chocolate dia. 


Ayu just beli 4pack chocolate AUD6 x 4, ala carte choco ball 4pcs AUD3 x 4. Rate harga kat sini dr AUD3-AUD50. 

Ni mmg untuk cuba..Ayu and Wyshal kenyang kat dlm tu makan ni lah.. itulah tak beli byk sbb dah makan..hahaha



Selepas dh settle beli chocolate, Destinasi terakhir kami ialah BUSSELTON JETTY. 

Perjalanan dr Kilang coklat ke Busselton Jetty lebih kurang 30min (36km). Tak jauh pun. Tapi memandangkan kat sini waktu siang pendek, so kami kena sampai sebelum jam 5 utk lihat sunset. 


BUSSELTON JETTY, BUSSELTON WA

Extending 1.8 kilometres across stunning Geographe Bay, 

the 


heritage listed Busselton Jetty is the longest  timber-piled 


jetty in the Southern Hemisphere. A must see for any visitor 


to the Margaret River Wine Region.Jump on board the 


famous Jetty Train to reach the spectacular Underwater 


Observatory. Descend 8 metres below the water’s surface to 


discover some of the 300 different marine species below the 


jetty. Take a dip, throw a line or visit the Interpretive 


Centre.Kami tiba di Busselton lebih kurang jam 430 petang. 


Yeh!!! akhirnye kami sampai di sini. Siapa yg dtg melancong 


di Perth ni mesti dtg skit...klu tak percutian anda tak akan 


lengkap.Subhanallah, cantik sgt tempat ni. Panjang gile dia 


punya jambatan kecik ni.  Boleh pilih sama ada nak 


berjalan @ naik Train (macam Thomas & Freinds Train 


..hehehe). Ayu pilih naik train lah, maklumlah bw budak.Tak 


larat nak jln klu dah panjang mcm tu. Lagi pun Wyshal 


excited nk naik Thomas ni. Hahahha...BUSSELTON 


JETTY (Click Link to Detail)


Harga utk Train :


TypeFamily PassSingle AdultSingle Child
2 A + 2 C15 years +3 - 14 years +
Jetty TrainNA$12.00$6.00

So total Ayu sefamily : AUD30. Train bergerak pada jam 530ptg. ni 


train last tau. Sementara menunggu train , kami g minum dulu lah " GOOSE 


Restaurant & Bar".




                                 Pas penat melompat...Jom minum plak .






Just simple menu while waiting for Jetty Train. Fries, Ice Lemon 


Honey , Chocolate Blend & Coffee.


The total Fries AUD7, Ice Lemon AUD5 , Chocolate AUD8 & 


Coffee AUD4 = AUD24.








Haaa...ni lah Thomas Train tu.. Best naik train atas jetty yang 


panjangnya 1.8km. Kat tepi2 ramai org memancing. Rezeki 


Wyshal , dpt tgk sekumpulan ikan lumba-lumba ditgh-tgh laut....





 
Ni kat penghujung jetty... Camera dah low bat so tak dapat focus 

klu tak de cahaya... nampak gelap...ahhhh


                               
            Bergambar dgn pakcik train yg Hensome & Baik Hati...






                                       
                            Dah sampai ...patah blk...hari dah nk mlm..


 Gambar ni Pakcik train yg Hensome & baik hati tu lah tlg tangkap 

kami 4 branak..hehehe







                          View senja di Busselton Jetty..





Hari dah mlm. Kami meneruskan perjalanan ke Perth City. Malam

.
 ni kami bermalam di rumah Kak Ayu. 

Perjalanan dr Busellton Jetty ke Perth City lebih kurang 2jam 


15min (220km) via Forrest Highway & State Route 2. Kami 


sampai di rumah Kak ayu lebih kurang jam 945pm.

Selepas makan malam kami pun tdo. Penat sehari suntuk jalan. huhuhu...

Good Nite . Continue Entri berikutnya.