Wednesday, 1 August 2018

RESEPI SAMBAL PETAI IKAN BILIS

Entry kali ni Ayu nak share ngan korang Cara- cara nak masak sambal petai terangkat pinggan korang klu makan. Nasi confirm satu periuk. Badan korang confirm naik. Tak yah dok gatai nk diet lah klu korang makan sambal petai ni. 



Ni resepi turun temurun mak Ayu . Bagi Ayu sedap, bagi hangpa tak tau lah kan. Sbb ni resepi Mak Ayu bukan Mak hangpa. Ok, Kita start masak .. 

RESEPI SAMBAL PETAI IKAN BILIS 

Bahan - Bahan :

Petai - 7@8 tangkai 

Ikan Bilis - Satu Mangkuk (Dikisar sedikit bersama air - jgn hancur sgt)



Bawang Besar - 2@3 ulas ( Kisar )



Halia - 1 @ 2 inci ( Kisar)

Cabai Kering - ( Direbus & Dikisar) 
#Kalau malas korang beli je cili giling brand Puteri. Brand ni tak pedas. 


Santan - 1/2 Kotak kecik


Asam Keping - 1@ 2 keping 

Minyak Masak 
Gula & Garam secukup rasa. 

Cara- Cara memasak :- 

Panas kan minyak. Ikut korang lah nk boh minyak banyak mana pun. Jangan byk sgt . satgi jadi hantu minyak. 

Bila minyak dah panas, masukkan bwg besar & halia yang dikisar tadi. Kacau hingga kekuningan & naik bau. 

Masukkan cili giling / kisar dengan sedikit air & masukkan Asam keping. Masak sehingga kering air. 


Masukkan ikan bilis yang dikisar tadi. 


Masukkan Petai


Masuk kan santan. 
Masak sehingga naik minyak.
Masukkan garam & gula secukup rasa. 


Sedia utk dimakan bersama nasi panas. Nyum nyum . So , esok pas makan bertahan bau toilet korang ye. Ada aku kisah kan.. !!!
😋😋😋😋

BALIK KAMPUNG - MUSIM BUAH

Assalamualaikum Semua ...




Dah berbulan lamanya Ayu tak updated blog ni. Terasa hari ni mcm rajin je nak membawang ngan korang. Tetiba tengok visitor kat blog ni melonjak naik. Banyak plak tu yg bertanya. Maaf sangat2 yang bertanya tu. Ayu late reply. Kalau korang nk fast respond korang boleh follow IG Ayu ↪ ayu_chelah. Korang msj kat situ. Insyaallah cepat ayu bagi respond.

Hari ni Ayu  nak crita tentang Musim Buah kat kampung Ayu kat Sik. Best gila. rasa nak muntah makan buah. Over sangat.

Sebelum tu Ayu nk minta korang doakan Abah Ayu , 12/7/2018 , Abah jatuh sakit. Strok sebelah kiri & ada skit pendarahan di kepala. Alhamdulillah setakat hari ni kesihatan dia bertambah baik. Bahagian yang diserang strok tu dah dapat bergerak seperti biasa. Cuma masih lemah sedikit dan perlu slow2 bila bergerak. Doakan Abah Ayu ye korang. Doakan korang amat dihargai & hanya Allah yg mampu membalasnya. Aamin.

Kita sambung crita pasal kampung Ayu. Niat sebenar Ayu balik kampung nak jumpa abah dgn mak. Nak tengok keadaan abah. Ayu balik dengan Teddy je. Naik bas. Sebelum ni Ayu pernah crita ttg kampung Ayu. Korang patut datang sik, sebab tempat dia mmg best. Hanya 2 jenis bas je yang membuat perjalanan  dari KL - SIK - KL.  MARA Liner & Cosmic. Ayu prefer MARA Liner sbb harga dia murah dan yang penting harga untuk budak berbeza dengan dewasa. Untuk harga tiket MARA Liner KL-SIK , Adult RM 41.80 & Children RM 31.40. Lagi pula , tempat duduk yang selesa utk perjalanan jauh. Perjalanan memakan masa hampir 6@7 jam.


Ni contoh tiket Mara Liner. 

Ayu balik pada Friday ptg. Bas jam 615pm. Yang lucunya, nk kejar bas masa dari ofc, terpaksalah merempit. Korang bygkan naik motor kecik, bw Teddy dengan bag besar. Dah mcm apa lagi. Bila abang pulas minyak ja, mesti badan ayu pas ke blkg sbb bag berat. 😁😁😁😁

Ayu naik bas di TBS. Kali ni dapat bas cantik sgt. Bas baru. Bas Double Decker. Excited Teddy dapat naik bas dua tengkettt... Ayu dapat seat atas.




 Teddy excited minta take photo.


Mummy pun nk juga. hahaha. Bas ni hanya berenti sekali sahaja. Sebelum bergerak driver bas mulai dengan bacaan doa. Baguskan. Driver bas akan inform siap2 diaorg akan berenti di Station Bukit Gantang selama 1/2 Jam.

Ayu sampai Bukit Gantang pada jam 1030 mlm. Knp lambat? sebab bas ni singgah Hentian Duta dulu utk pick up penumpang. Bergerak dari Hentian Duta dalam jam 745 pm. Apa yang best ni Bukit Gantang. Kat sini banyak jual buah buahan tempatan. Tambah lagi sekarang musim buah, ad festival makan durian sampai muntah. nyum nyum. Tak sabar nk sampai umah abah makan durian.


Agak murah harga yg ditawarkan. Dewasa RM19.90 & Kanak-kanak RM9.90. Makan selama 1 Jam. Lama tu satu jam. Kalau perut Ayu ni boleh makan sampai 15 biji kot. Rugi lah tokey kedai ni klu bagi Ayu makan. hahaha.



Teddy nak take photo depan bas idamannya. Apa-apa lah Teddy. Lupa nk bgtau, makanan yang best kat sini, bg ayu ialah Yee Mee . Sedap wei. Harga RM7.90 (telur) , RM6.90 (tak de telur). Ayu suka yang ada telur. Teddy suka sgt sebab tak pedas. Ni dah half way makan baru ingat nk take photo nk tunjuk kat korang. hahaha.


Ayu sampai sik dlm jam 1.30 pagi. ngam time tu gerhana bulan. dapat lah Ayu tengok kuasa Allah yg tiada tandingan. Subhanallah cantik sgt mlm tu. 

Esok nya , mcm biasa bangun awal , breakfast durian. Hahaha. tengah hari pegi ambik buah kat kampung lama Ayu . Kampung Batu Seketul. Kat Sik korang boleh pegi Ke Empangan Beris Jaya. tengok tasik & mcm2 activity yang terdapat kat sana. Ada juga chalet utk korang check in. Best tau , sebab empangan ni atas puncak bukit. Sijukkk. Harga pun tak mahal. Average RM60-150 per night. Kalau ambik package pun murah. 


Time to kutip buah Rambutan . fresh dari pokok. Yang tak bestnya, banyak kerengga. I hate kerenggaaaaa.... 



Cempedak dari Dusun Abah. Wahhhh.... punya nya banyak. Ni paksu yang simpan. Paksu nk jual kt KL. Paksu Ayu mmg rajin. Semoga Paksu dimurahkan rezki. Aamin. Buah cempedak ni sedap sgt klu buat cucuq. Korang pernah tak mkn cucuq cempedak? 



Ni Durian kampung, luruh pagi tadi. Rasa dia kalah Durian King. Sedap, lemak bercream. Adoiiii...Bila tulis je blog ni..mulut Ayu dah rasa durian. Dok teringat ingat rasa dia. Tu ar mmls nk cita kat korang tu. 





Petai ni klu buat sambal confirm terangkat. Ni Petai baru turun dari pokok. Nanti ayu bg resepi buat sambal petai ikan bilis versi mak Ayu k. Next Entry. Oh yeahhhh !!!!



Ni buah dokong. Buah yg menakutkan Ayu. Ayu masih pantang. Tak mkn dokong. Takut sakit urat. hahaha. serius Ayu tak makan sbb tak brani. 

Yang tak bestnya , Durian & cempedak , tak dapat Ayu nk bw balik sbb naik Bas. So Ayu hanya bawa balik Rambutan , Manggis & Petai sahaja. Next trip kena bw blk keta. So sad... 😒😒😒😒

Ok. Tu je Ayu nk crita. tak kisah ar korang nk baca ke tak apa yg Ayu merapu ni. hahahah

#Oh ye satu lagi, buah2 yang banyak ni Pakjang Ayu ada meniaga dekat Sentul & Damansara. So korang boleh ar redah g sana beli. Confirm puas hati. Harga pun murah dari tempat lain tau. 



Wednesday, 7 March 2018

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Assalam & Hai semua..

Korang sihat ke ? mcm mana 2018? pejam celik pejam celik dah masuk March 2018 dah. Hopefully hidup korang 2018 makin berseri-seri dan dikurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezki.



Kali ni Ayu nak share Resepi Sotong Goreng Tepung yang direka sendiri. hehehe. Selalu Ayu ikut resepi tak pernahnya menjadi. Sampai nak muntah Teddy & Wyshal makan sebab tak sedap. Dah 3,4 kali buat baru menjadi @ marvellous. Resepi ni Ayu tujukan utk org2 yang malas and save budget. Sebab2 bahan2 dia sangat mudah dan confirm kat dapur korang tu mmg dah ada lah. Tak perlu korang nak lari2 g kedai lagi. Cuma yang tak de stok kat umah korang maybe Sotong lah kan.

Ok pendek kan crita ..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

SOTONG (Ikut hangpa lah nk sotong besaq manapun & banyak mana pun korang nak, klu korang larat satu lori pun ok...hahaha)
TELUR PUTIH SAHAJA
GARAM
KUNYIT SERBUK
TEPUNG GANDUM.

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :
  • Cuci sotong sampai bersih berkilat. Toskan. Make sure air sotong dah tak de ye. Kang meletop bila goreng. Potong sotong ikut kesukaan korang.
  • Letak garam & kunyit serbuk ikut suka anda. Klu yang suka masin tu boleh bubuh satu lori ye. Gaul rata.
  • Then, tuangkan telur putih keatas sotong tadi. Gaul sampai sebati. Perap dalam 10-15 min.
  • Ambilkan mangkuk kosong, masukkan tepung & masukkan sedikit garam bersama kunyit serbuk mengikut citarasa korang. Gaul rata.
  • Panaskan minyak masak. Make sure minyak yg banyak k. Bila menggoreng nnt Sotong tu kena tenggelam. Macam dia stay dalam laut.

  • Bila minyak dah betul2 panas, ambil sotong satu persatu & golekan dalam adunan tepung tadi dan goreng.
  • Goreng dengan api yang perlahan. Kalau api yang kuat , takut nanti sotong korang tak masak dalam dan meletop. So kena bersabar.
  • Dah siap goreng , boleh lah dihidangkan dengan nasi panas @ makan mcm tu je dengan sos. Nyum nyum.
SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, 28 February 2018

ISU NEELOFA "MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA"



ISU NEELOFA  "DUNIA HANYA TUMPANGAN, DUIT HANYA PINJAMAN, KECANTIKAN HANYA UJIAN" Fikir-fikirkan lah.  

Semalam digemparkan isu artis Malaysia Lofa yang memuat naik gambar-gambar yang tak menyenangkan. Majlis pelancaran tudung (turban) vs celebrate birthday di ZOUK ( kelab malam ) yang termuka di KL ni.

Kat sini Ayu nak ambik iktibar atas isu ini as a muslim. Jadikan segala kejadian ini sebagai pengajaran dan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Jagalah Agama dan adat. Dahulukan Agama walaupun diri sendiri dhaif dalam ilmu agama. Tanya pendapat yang lebih arif sebelum melakukan sesuatu.

Pagi ini , Mufti telah menegur kesilapan Lofa. Harap dengan teguran ini dia akan endah kan. Kerana sebelum ini Lofa ada cakap kepada media dia tak kan peduli apa nitizen nk cakap. Ingat Lofa .."Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Ok. Hukum tetap hukum. Jangan kerana mulut badan binasa. "DUNIA HANYA TUMPANGAN, DUIT HANYA PINJAMAN, KECANTIKAN HANYA UJIAN"

Bagi pendapat  Ayu, ini sangat memalukan. Ayu memang tak pernah ikut perkembangan minah ni... sebab tak berapa minat sgt dengan artis-artis ni...

Ayu terbaca satu artikel dari Imam Muda Fakhrul. Agak tertarik apa yang diperkatakan oleh beliau.

Kena berlembut, jangan berkasar.’

“Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena guna tukul besi. Tak percaya? Rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan tetapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia.

‘Ajak jangan hukum.’

“Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum.

‘Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum.’

“Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum, maka ia menjadi kesalahan umum.

‘Mungkin dia nak dakwah.’

“Maaf, matlamat tidak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah, bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.

‘Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik.’

“Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik.

‘Jangan boikot! Macam mana Melayu nak maju?’

“Saya kata boikot semua tudung yang tidak menepati syariat. Maju biarlah berkat, kita nak maju juga dalam kubur dan akhirat. Ada apa pada Melayu? Adat bersendi syariat.

“Nak kata apa lagi? Katalah, selagi mampu kata. Esok di akhirat, mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka (Surah Yasin).


“Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan. Apalah sangat kata-kata orang. Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan,” katanya.

Disamping itu, Mufti Perak juga ada menegur :

“NEELOFA perlu bertaubat.”

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.
“Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.

"Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.
"Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada Harian Metro.Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu.

"Mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya elok dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu," katanya.

Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak.

“Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan.

“Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” katanya.

Ayu juga berminat dengan apa yang disampaikan oleh Sheik Abdul Kareem Said Khadaied, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Pihaknya akan mengkaji kemungkinan mengambil tindakan ke atas Neelofa atas dakwaan menghina agama Islam susulan kontroversi sambutan hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan di sini, malam tadi.

Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, langkah itu akan diambil selepas pihaknya mengkaji undang-undang syariah yang boleh disabitkan dengan perbuatan Neelofa.

"Istilah hijab adalah sesuatu yang dipandang mulia dan menjadi lambang kepatuhan kita kepada agama. Apabila Neelofa melancarkan jenama hijab di sebuah pusat hiburan, memang jelas tindakan itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.

"Buat masa ini, kami sedang meneliti undang-undang jenayah syariah yang ada. Jika tindakannya didapati salah di bawah akta yang diperuntukkan, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Neelofa," katanya kepada BH Online.

Beliau juga berkata, perbuatan Neelofa boleh menambah persepsi negatif terhadap agama Islam.
"Sebagai seorang yang bergelar Hajah, dia sepatutnya berfikir panjang. Sudahlah kesucian agama Islam sebelum ini sering diperlekehkan, kini dia menambahkan lagi perasaan skeptikal itu," katanya.
Neelofa ketika diminta mengulas kontroversi itu, malam tadi, memberitahu, dia tidak tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi berkenaan.
Sebaliknya, Neelofa dilaporkan berkata, pusat hiburan itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Semoga sama-sama kita berdoakan agar kita sebagai seorang muslim sentiasa dilindungi oleh Allah akan fitnah Dajjal. Fitnah yang paling hebat adalah Fitnah Dajjal. Dajjal akan mengkaburkan manusia dengan kekayaan yang melimpah ruah.

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah besar daripada fitnahnya Dajjal" (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim 
#kepada yang fanatic dengan Lofa, tak perlu kot LIKE kalau perkara yang dia buat bertentangan dengan shariat islam. Like mana yang bagus lah. Jangan semua ang nak LIKE.


Saturday, 23 December 2017

SHORT TRIP TO PENANG & SIK, KEDAH

Hai All ... Assalamualaikum

Ni just nak cerita yang simple2 je kat korang. Masa cuti Chrismas Ayu ada pegi Penang & balik kampung kat Sik, Kedah. Walau pun cuti agak pendek tapi rasa happy je balik sebab banyak perkara yang berlaku.

Dalam journey tu anak buah Abg Halim pun join. So makin meriah lah trip ni. Diaorg bersama 3 orang anak yang ada sebaya dengan Wyshal & Teddy.

Yang best je Ayu ada check in satu tempat ni. Tengok dalam gambar macam tak best , tapi bila dah sampai not bad. Disebabkan bawa anak-anak yang ramai , Ayu memilih utk check in Hotel Apartment. Yang penting nak area Tanjung Bungah. Setiap kali mai Penang tempat favourite Ayu ialah Tanjung Bungah & Batu Feringgi. Of course Ayu akan pilih Seaview.




Nak tau tak, Ayu book kat mana? Haaa..Nama hotel ni  Leisure Cove Hotel & Apartments. Hotel ni 3.5 Star. Memang sesuai sangat kalau you all nak bawa family ramai-ramai. Ayu ambik yang 2 bilik sebab 2 family kan. Yang penting SeaView. Time Ayu check sempena Chrismas. Maybe harga agak tinggi skit kot. Tapi kalau 2 bilik dengan harga RM480.00 memang agak berbaloi.




Kitaorang tak banyak masa, so hanya check in satu malam je. Ayu book tru Hotel.com. Hotel ni tak de breakfast. Its ok, sebab kedai mamak banyak kat bawah tu. Hotel memang terletak di persisiran pantai.



Awal pagi kitaorang turun mandi laut. Pastu bawa diaorg mandi swimming pool.  Round-round penang then terus balik sik. Sebab malam tu abah nk buat BBQ.






Apa yang best di Sik ni ? Actually banyak tempat yang menarik di Sik ni. Antaranya, Empangan Tasik Beris, Air Terjun Rimba Takwa, Air Terjun Lata Mengkuang, Empangan Gubir, Ulu Muda Eco Park dan banyak lagi. Daerah Sik ada daerah yang paling besar di Negeri Kedah. Kawasannya meliputi hidupan hijau yang bebas dari pencemaran. Dok sini memang sihat sokmo.

Ayu bawa my anak buah ke D'Puncak Beris Lake Resort. Tempat ni merupakan tempat penginapan ala-ala kampong. Kat sini korang boleh memancing, berkayak, bbq, kuda & burung unta pun ada di resort ini. Kedudukannya di tepi tasik, membuatkan resort ini cantik dan tenang.



Sesiapa yang dating Kedah tu, mai lah jalan-jalan Sik. Rugi kalau you all tak datang hirup udara segar bugar ni. K bye..



Tuesday, 14 November 2017

VICTORIA FACELIFT, UK - The Best Treatment

Hai Semua...Semoga korang sihat2 belaka ye !!!



Ayu nak share benda best & berbaloi ngan korang ni. Bulan November adalah bulan yang Ayu paling happy dalam dunia sebab this month ialah Birthday month Ayu. hahaha. Banyaklah voucher2, free gift yang Ayu dapat. Check je email belambak free gift. Pilih & book aje. Yang bestnya ada satu free gift ni dari Victoria Facelift. Nama Ayu terpilih untuk buat satu treatment. Kalau ikutkan harga treatment ni untuk satu sesi RM580.

Nampak tak nama Ayu yang No.4 tue ?? Kata nama Ayu tapi tu nama Noor Zakiah. Kira samalah tu. hahahah

So, Ayu pun apa lagi redeemlah this voucher. Keesokannya, Ayu dapat call dari Victoria Facelift (VF). Make appointment , date , time & venue. Ayu pilih yang terdekat dengan rumah area The Garden Mall. VF Staff tu suruh bawa IC je.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Sharp Ayu sampai jam 2 pm. 1 st skali Ayu perlu isi form utk record diaorang then Beauty Consultant start checking skin Ayu. Katanya Skin Ayu ni agak sensitive, ada sedikit blackheads & wrinkle. Yup, I have eczema. Katanya product ni sesuai dengan Eczema & treatment ni akan mengurang kadar eczema. Hopefully time treatment nanti semuanya ok.  Treatment ni mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Memang sedap lah dia buat facial, siap urut bagai lagi. Siap suruh Ayu jgn stress & selalu geram kat apa2 perkara. Hahaha. Katanya ada part urat geram tu agak keras. Maksudnya Ayu selalu tahan geram. Lucu plak dengar.

Lepas facial & picit2 blackheads, dia letak mask, after mask dia letak lagi mask with cream. Ayu tak tau lah apa benda. Mask ni ada kot dia tempek & ayu kena tunggu dalam 1 jam sampai dia kering. Pastu dia letak collagen & start guna roll mesin utk firmer & younger. Memang rasa kelainan time dia massage muka dengan roll tu. Best gila. Hilang stress.

Actually ada satu (Toner). Ayu tertinggal kat umah. hehehe. Semuanya ada 3 jenis.

Dah settle letak collagen bagai , baru lah dia letak toner & moisturizer. Harum je bau. Dah siap !!!. Time nak balik tu dia bagi lagi 1 V-lift product set (travel kit). Cantik sgt. Boleh lah Ayu try. Kebetulan sekarang ni Ayu memang tengah cari product yang sesuai utk skin Ayu. Selalu muka Ayu ni lepas facial jadi gatal & merah2, tapi kali ni tak pulak. Alhamdulillah.

Mesti korang terfikirkan, staff tu tak promote ka beli package @ product diaorang ??

Of couse ada ..before balik dia suh ambik package bagai. Pandai pandailah korang layan.Memang tak lagi buat masa ni. Sebab Ayu akan try dulu utk 1@ 2 minggu this product. Kalau ok baru Ayu prefer nak ambik package tu. Sib baik dia tak push. Kalau tak mau makan penumbuk. heheh. Tapi services dia memang tip top. Ayu bagi 4 star.

The next day , muka Ayu still ok dengan this product. So masuk hari ni dah 3 hari pakai. Yehh !!! inshaallah ujung bulan ni nk beli lah product ni. Ayu pun dah survey harga product tu. Agak mahal juga tapi quantity dia banyak. Maybe boleh bertahan dalam 5@ 6 bulan.

Insyaallah , pasni Ayu akan buat treatment kat sini every 3 month. Kalau every month mau botak kepala gueee...



Oh ya !! Ayu ada check Fb VF ni. Sekarang diaorang ada buat promotion RM25 aje untuk treatment tu. Baik korang try . memang best gila. Ni link dia .. victoriafacelift promotion . Korang book dulu then tunggu staff VF call.

K bye. Semoga korang juga dapat manjakan wajah korang dengan berbaloi. hehehhe.







Thursday, 2 November 2017

BUDGET MURAH & SELESA KE KRABI, THAILAND

Assalam & Salam Sejahtera.


Kat sini Ayu nk bg tip simple tentang trip Ayu ke Krabi baru- baru ni. Semoga dengan coretan ni dapat korang buat planning secara bijak , tanpa ada unsur pembaziran. Bagi yang memang tak kisah tentang budget, so tak perlu nak teruskan pembacaan korang kat bwh2 ni ye !!! hehehe. Ni yang memang nak budget tapi budget yang cukup selesa bersama anak-anak kecil. yazzzz !!!

EXPENSES ( 4 Days/3Night) 
  1. Airfare Air Asia - RM 1,300 (2 Adult + 2 Kids + Luggage 20KG + Insurances) 
     2. Accommodation - RM 940 ( 4 Days & 3 Night ,Free 2 Mocktail @ Pakasai Resort (Ao Nang)

     3. Pocket Money - RM 1,000 ( THB 8,000 - Public transport / Makan / Package / Shopping)
 
TOTAL = RM 3,240 / 4 person = RM 810/person

MY ITINERARY

DAY 1  - KLIA - KRABI
              - Krabi Airport to Pakasai Resort (Check In) ( THB 300)
              - Dinner @ Ao Nang Street (THB 460)

DAY 2 - Breakfast @Hotel
             - Round Ao Nang Beach ( Mandi laut + Cari Package)
                #Night Market Transport by Mini Van(THB 400/2 person)
                # Krabi 4 Island by SpeedBoat (THB 2200/3 person+ makan +  insurance)
             - Lunch at Ao Nang Street (THB 410)
             - Sewa Motor 5 hours (THB 150)- tak larat jalan nak blk hotel sebab jalan jauh sgt..hahaha
               Dia cakap motor tu boleh naik 4 orang. So kitaorang belasah 4 orang.
             - Night Market (open Friday to Sunday - namapun night market so buka malam aje)
             - Dinner @ Night Market (THB 260 - Memang Sedap makan sini)
             - Beli barang sikit-sikit (THB 540)
             - Lepak minum sementara tgu Van datang (THB 100)
             - Stop at Ao Nang street tgk Festival Loi Pratong
             - Balik hotel

DAY 3 - Breakfast at Hotel
            - Van Pickup # Start 4 island
            - Pranang Cave Island, Tup Island, Chicken Island & Poda Island
            - Lunch di Poda. (Tomyam Curry, Mix Vege & Chicken Wing, Halal Food, Nice Food) 
               Makanlah banyak manapun yang korang nak makan, jgn tapau bw balik sudah)
            - Back to Hotel @ 330 pm
            - Night @ Free & Easy - Jalan-Jalan Ao nang street cari makan ( THB 280)
            - Beli souvenirs ( THB 510)
            - Sewa Tut Tut balik Hotel (THB 100) tak larat nk jalan.

DAY 4 - Breakfast at Hotel
             - Check Out
             - Pick up to Krabi Airport by Mini Van (THB 300/2 person)
             - KRABI - KL (Home Sweet Home)      


TIPS KE KRABI.

Waktu yang sesuai

Mengikut history form trip advisory , bulan yang terbaik melawat krabi pada November - April. Time ni juga pelancong ramai, so harga agak mahal sedikit. Tapi cuaca time ni agak kurang untuk Krabi terima hujan. Maksudnya, cuaca baik.

Airfare

Korang perlu selalu check tru Traveloka @ direct Air Asia website. Selalu kalau nak murah setiap hari Rabu . Ayu ambik bulan July. Ada harga lagi murah mengikut waktu penerbangan. Selalu murah flight awal pagi & flight malam. Memandangkan bw anak-anak kecil Ayu terpaksa pilih time yang sesuai untuk keselesaan mereka. Tapi still murah sebab harga tiket tu termasuk luggage 20kg pegi balik & Insurance pun cover sepanjang berada di Krabi.

# Jgn Skip ambil Insurance. Insurance sgt penting. Malang tak berbau tau !!! 

Accommodation

Korang perlu study kemana korang nak pegi. Macam Ayu memang planning nak stay area Ao Nang coz area ni sangat happening & antara tempat famous di Krabi. Untuk Hotel, Ayu selalu compare price antara Booking.com, Agoda, Expedia & Hotel.com. Ayu book hotel pada bulan September. Time tu Ayu memang jatuh hati dengan dengan Pakasai Resort. Sebulan sebelum tu Ayu check memang harga satu malam mencecah RM700 satu malam. Oh apakah !!!!. Dah rasa fade up.

Tetiba on September Ayu check lagi tru Hotel.com dapat RM300 per night. Tapi booking terus kena buat full payment. Fikir punya fikir & tak sanggup nk lepaskan , Ayu terus buat full payment.




Public Transport

Sampai je di Krabi Airport, lepas keluar pintu immigration , korang tengok sebelah kanan hujung skali ada counter taxi. Yang ni services Taxi dia guna mini van. Kalau korang ambik yang sebelah dia , korang akan dapat taxi macam bus. Itu agak tak selesa. Harga untuk satu orang THB150. Ayu ambik 2 tiket je. Pekerja dia suggest ambik 2 je dah muat. ok fine. Rupanya seat dia agak besar. Balik pun korang ambik je kat area hotel ada je. Harga pun Ayu tengok sama.

Perjalanan dari Krabi Airport ke Ao Nang mengambil masa 40 min.

Package

Ada pelbagai package yang di tawarkan. Korang perlu pandai tawar menawar. Untuk Night market , Ayu ambik di counter berdekatan dengan Pakasai Resort, dia bagi THB 400 untuk 2 orang. Katanya ank2 boleh riba @ duduk sebelah, sebab seat besar.



Ada 3 Package ke Island yang di tawarkan. Ayu ambik yang bersesuaian dengan bw budak. Tak jauh sangat nak boat. 4 island lah yang Ayu pilih. Katanya dekat, bila naik boat jauh juga. hahahah. Kalau ikutkan package dalam THB 3600 included entrance fee masuk national park. Tapi tawar punya tawar, & abg tu suka tengok Teddy dia bagi cincai THB2200 ajeee termasuk entrance National Park tau..

# better korang tak yah masuk National park. Tak de apa pun. tengok hutan je. Ayu tk masuk pun. Abg halim je masuk.






Apa yang best di Krabi

* Makan - must try Banana Pancake (Nutella)
* Coconut Shake
* Thai food (Somtham, Tomyam , Oyster Beef, Ayam merah, Nasi goreng nenas, Seafood etc)
* Snorkeling diving, berjemur, mandi laut
* Massage (THB 150 - 350)







Reference

Kat bawah ni ada name card yang abg bg package murah tu. Kat sini dia ada tawarkan package makanan halal. Korang boleh keep ni as a references ok !!!


Next time Ayu nk pergi lagi untuk explore semua island especially Phi Phi ...tak puas rasa. InsyaaAllah. K bye ...