Assalamualaikum wahai sahabat pembaca yang setia bersama blog Ayu, Ayu doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa dikayakan rezki dengan apa jua keadaan yang sekarang agak getir during Covid-19.
Begitu juga dengan kehidupan Ayu skrg yang tak lari dari ujian itu. Penulisan kali ni Ayu khaskan tentang pengalaman Ayu menjalani ujian swab. Bukan saja2 Ayu jalani mcm kebanyakkan orang biasa buat tu, tapi Ayu buat atas sebab Boss Ayu sendiri positif covid-19.
Hari khamis (14/1/2021). Ayu pergi kerja seperti biasa. Sepatutnya setiap hari Khamis dan Jumaat, ayu WFH, memandangkan ada documents yang perlu di sign oleh Bigboss, so Ayu masuk ofc. Dalam jam 1130am Ayu jumpa boss untuk sign documents and berborak juga pasal kerja. Time tu Boss tak de nampak simpton apa2. He's fine. Sihat , gelak2 and happy. Nothing.
For the next day (Friday 15/1/2021 - tarikh keramat Ayu rasa). Ayu masih turun ke office, ada kerja yang nak disettlekan. Pagi tu Ayu langsung tak tengok phone. Sampai ofc je, kakak ofc terus tanya Ayu, "ada dapat msj dari boss tak?". Boss minta kitaorang buat swab test secepat mungkin sbb malam tadi dia demam dan hilang deria bau. Korang bayangkan,OMG, dah lah hari rabu & khamis Ayu bersama dia, bertukar tukar pen, berborak, pegang documents yang sama, stay bilik meeting room...hoho..rasa nk gugur jantung oiiiii.....
Time tu agak gelabah dan panic. Banyak hospital dan klinik yang Ayu call perlu buat appoinment. Untuk RTK-Antigen tak perlu appointment, result dapat dalam 30min, just swab melalui hidung. Kalau boleh Ayu nk buat PCR yang detail punya untuk mulut dan hidung. RTK ni system dia mcm pregnancy test... hehehe.... ada line line. so result dapat baca dengan cepat with sensitivity of 90%. Berbeza dengan RT-PCR as gold standard for covid-19 diagnostic test, result pun ambik masa dalam 36jam, perlu hantar ke lab terlebih dahulu.
Cari punya cari ada hospital yang tak perlu buat appointment. ParkCity Hospital & Subang Medical. Yang paling dekat dengan ofc Ayu ialah ParkCity. Ayu pegi dalam jam 2pm. Tak sangkakan semua hospital buat Covid-19 test kat luar hospital. hehehe. Agak ramai, ramai cina. melayu ada la dalam 3@4 orang je.
Step 1 : Isi Form yang diorang bagi. Just bagi info nama, ic , address, email dan contact waris terdekat.
Step 2 : Buat pembayaran. Harga di ParkCity hospital utk PCR test RM295.
Step 3 : Buat Swab
Ni paling best nak crita. hahaha. Time menunggu no.giliran dipanggil, ada kot 3@4 kali Ayu p toilet sbb takut. Rasa nk terkucil lah terbesar lah... mcm2. Muka rasanya mcm mayat hidup, kecut habis. Sebab apa Ayu takut , sebab patient yang kuar dari bilik buat swab tu , time dia kuar mata dia berair, and siap bertelephone ckp sakit. Awat Ayu tak ketaq. Duduk ni mmg tak tenang. Jeng Jeng Jeng, masa tetap berjalan, nurse pun panggil no. Ayu "23". Terus Ayu masuk bilik khas dengan pelbagai bacaan doa. Nurse tu tanya, knp nak buat swab, ada contact rapat +ve ke, so Ayu jawab lah tak de, boss suruh buat je. Lagi pun time tu boss Ayu pun tak tahu lagi yang result dia +ve. Dia pun baru buat swab pagi tadi , same hospital yang Ayu buat sekarang.
Ye mmg sakit, bagi Ayu swab kat mulut tak sakit, yang sakit kat hidung. Diaorang swab dengan menggunakan satu alat yang ala2 mcm cotton bud. Tak tau lah menatang tu nama pa. Mula tu ayu ingat satu lubang hidung je dia jolok, rupanya dua dua lubang.... hoho..rasa mcm nk tendang je doctor tu. Sakit weiiii... Bila doctor tu cakap siap, hanya Allah je tau rasa lega.
Ni muka mayat hidup 🤣🤣🤣Debaran menunggu keputusan ni satu lagi masalah. Macam2 bayangan dah sampai dalam otak ni. Cuma satu je Ayu perlu buat skrg. Tak boleh dekat dengan anak2 dan Abang Halim. Ye, Ayu perlu quarantin utk 10 hari, ye 10 hari. Atas rasa tanggungjawab dan kerisauan, Ayu perlu berkurung dalam bilik selama 10 hari. For your information, belambak je kat luar sana tak quarantin, wlupun dia tau dia contact rapat, tetambah yang tak de pkai gelang pink mcm Ayu skrg, boleh pulak diaorang memasak kat anak2, kuar beli barang umah bagai. Itu namanya org bodoh, orang yang akan menyusahkan orang lain jika tiba2 result dia selepas 7 hari +ve. Common guys, follow apa yang KKM bgtau , jangan rasa diri tu betul. Fikir orang di sekeliling lah.
Sebelum kuar dari bilik Swab tadi , nurse ada bgtau, kalau result -ve diaorang just email and tak call. If +ve so diaorang akan call maklumkan. So Ayu menunggu dengan penuh sabar. Berkurung dalam bilik dapat kita muhasabah diri dan dapat kita dekatkan diri dengan Allah. dapat memperbanyakan zikir , baca alquran dan solat sunat juga. Untuk suamiku tersayang Abang Halim, bersedialah untuk menjadi suri rumah ye.. muahahahaha...
Hari Sabtu ptg, boss whatsapp Ayu "Hi Ayu, Fyi hospital just called to confirm that i am Covid-19 positive.". Kalau korang kat tempat Ayu, apa korang rasa???... Time tu Ayu hanya berserah dan berdoa banyak2 minta Ayu dijauhkan sangat2 dengan virus syaitan ni. Ayu bersyukur sgt sbb di ofc ayu sentiasa pkai mask dan kerap cuci tangan. Time tu juga Ayu sayu teringat muka Teddy dan Wyshal. Time tu juga terus nampak muka mak dan abah. Ayu masih bersabar menunggu keputusan. Dah malam belum ada jawapan. Mungkin esok.
Lepas subuh Ayu tertidur, tetiba tel berbunyi, Parkcity hospital ??? knp call... time tu ayu rasa memang jantung nk tercabut sbb apa, sbb nurse tu cakap smlm klu -ve dia email je , klu +ve dia call... Ayu jawab dengan tenang, terus nurse tu bagi salam dan cakap alhamdulillah result Puan -ve. Buat cuak betul lah nurse ni. Adoiiii... So Ayu minta advice dia dan bgtau yang boss Ayu baru dpt result +ve. Then nurse tu ckp you antara org yang high risk, so wajib quarantin 10 hari dan perlu lakukan 2nd swab test.
Korang tau apa yang Ayu buat sepanjang Ayu quarantin? hahahah
Boleh je kalau korang nk follow. As you know, Ayu kan biz barangan UK dan USA, so Ayu dapat beri commitment 100% dengan Biz dalam masa 10 hari ni. Lepas solat jangan lupa baca alquran, ptg baca mathurat, exercise untuk bagi badan tak lemau, and minum air yang banyak ye. Sepanjang 10 hari ni, Abg Halim pun dah pandai memasak, macam2 yang dia try masak. 5 star Ayu bg sebab sedap, wlupun Ayu terpaksa berulang kali kena explain kat dia cara nk masak. parah.....
10 hari rasa mcm dok dlm penjara. Setiap hari Ku merenung ke luar jendela ....🤣🤣
Yang bestnya Abg halim siap cakap " Baby, Abang tak dapat tidur lah... (hai dah knp rindu Ayu ke? hahahha) korang tau kenapa, dia tak dapat tidur sbb fikir nak masak apa untuk esok. hahahah 😂😂😂. Baru dia tau perasaan mak mak lagu mana. Rasakan......hahahaha
Apa apa pun Ayu respect dengan Abg Halim, dia betul2 jaga Ayu dan anak2. Kerja rumah pun dia settlekan... heheheh. Thanks ye Bro Halim. hehehe. Alhamdullillah, sepanjang tempoh quarantin, Allah masih memberi Ayu kesihatan yang baik, tak ada simpton-simpton virus, Syukur Alhamdulillah.
Hari ni (24/1/21)...utk 2nd swab. Rasa best dapat tengok dunia tapi rasa takut untuk buat swab. erghhhh. tak suka tak suka... Ayu pergi awal kali ni, Ayu masih buat di Parkcity hospital, tak nak berebut rebut. Ayu orang ke-5. Pembayaran seperti biasa RM295. Makin teruk berdebar debar ketika menunggu no. dipanggil. Kali ni nurse panggil nama. Ayu masuk bilik swab. Sekali lagi doct tanya kenapa nk buat test. Ayu bgtau ni utk 2nd swab, dia terkejut. Ayu pun explain yang Ayu contact rapat kepada pesakit Covid-19. Then dia tanya, ada kuar tak sepanjang quarantin. Jujur Ayu ckp yang Ayu mmg berkurung je. Good for you and Your family, Doctor tu cakap. Untuk 2nd Swab ni, I masukkan dalam skit ye. hohoho.... masa tu rasa nak lari dari bilik tu weiiiii...hari tu pun dah sakit..ni nak dalam lagi...adoiiiii
Ye Ye Ye....kali ni bg Ayu sangat sakit...kat hidung tu..dalam dia masukkan menatang alat tu. Mmg sakit...waaaaaaaa... utk lubang hidung yang ke 2, Ayu rasa mcm nk tumbuk muka doctor tu tau tak.... korang bygkan klu kita pun tak tahan tambah anak2 kecil...kesian sgt... meronta ronta nangis.... fikir fikir mana2 mak bapak yang tak detail jaga SOP ni...pls fikir anak2...
Dah settle Ayu blk and sambung quarantin. Masih sakit sampai ke telinga. Sampai ke malam Ayu rasa sakit kepala dan rasa mcm nk demam je disebabkan swab tu....Doctor masih advice, slps 2nd swipe klu -ve and suddenly ada simpton, make sure dtg hospital dengan kadar segera... Insyaallah esok baru result keluar. Ayu doakan semoga semua nya baik baik saja. Semoga Allah melindungi kita semua dari Covid-19. Allahumaamin.
In shaa Allah ayu akan negative.. Semoga Allah melindungi ayu dan kita semua.. Aaminn ya rabb.. Doakan k. Ida, abg dan anak2 ye ayu.. Takut sgt..
ReplyDeleteInsyaallah....semua baik2...baru tgk msj...hehe
Delete