Tuesday 11 August 2020

MANUSIA GILA MEMBELI EMAS

 


Rata-rata dah tahu dan faham tentang topik yang Ayu nk sampaikan. Sekarang ni orang dah tak takut sangat dengan covid , yang Ayu dok tengok orang takut dengan harga Emas. 

Berpusu pusu pergi kedai Emas, tanpa risau akan Covid 19. Dalam FB pun penuh wall orang juai emas. Yang jual emas tu tak pe lah, masalahnya yang dok tayang emas tu. Tak kisah nk tayang tapi kena fikir pron and cons sbb banyak keburukan dari kebaikan. 

Apa keburukan ?

Ramai khalifah di bumi ni , kehilangan sumber pendapatan , pendapatan terjejas, ada yang diberhentikan serta merta, diarah mengambil cuti tanpa gaji , potongan separuh gaji dan waktu kerja dipendekkan , semua gara-gara Covid 19. Ramai sahabat2 Ayu kehilangan kerja. Semoga korang dimurahkan rezki dan dipermudahkan urusan. 

Apabila pendapatan berkurang , berlakulah jenayah sana sini, ragut paling banyak. Risiko tak klu kita dok tayang emas yang kita pakai?

Ni terjadi depan mata Ayu sendiri. Ayu balik dr kerja singgah beli susu untuk Teddy. Time nk turun keta tu tetiba dengar sorang makcik ni menjerit minta tolong. Rupanya dia kena ragut. Peragut tu berjaya ragut Gelang tangan yang dia pakai. Patah pergelangan tangan Makcik tu. huhuhu...Scary. 

Boleh korang nk beli, tapi berpada-pada pakai di badan. Tukar-tukar setiap hari pun ok. Cuma jangan pakai skali gus skali. Kadang tu tgk pkai besaq2 pastu banyak pulak tu, tak berat ke tengkok ngan tangan hangpa wei.... 

Ayu pun antara yang gila tengok emas. Tapi tak suka yang besar2. Ayu suka yang kecil2. Kalau boleh nk pkai emas tapi tak nampk mcm emas. Haaa...gitew... ada ke ?? hahaha. 

Kalau Ayu dah start tgk Ig kedai emas, 2@3 jam pun tk sedar. sebab apa, sebab berangan nk beli. Berangan je lebih. Yang penting pasang angan2 , baru kita kuat nk saving . betul tak ?

Yang bestnye, siap menghasut orang terdekat lagi beli. Dah jd macam agen emas pulak. hahahha.

Ni ayu nk bagi petua beli emas ni. Sekarang kalau jual emas mmg laku, cuma kebanyakan kedai ni berbeza beza harga dia ambik. So klu korang nk Trade in & Jual , make sure Kedai tu ambil mahal lah. compare2 dulu, baru buat keputusan. 


Ni photo dari jauh kedai emas kawan Ayu tu. Kat Desa Pandan. Pegi lah...


Harga emas hari ni (11/8/2020) RM 290/gram.Cepat gila. Last month Ayu jumpa member yg kerja kedai emas , baru RM260/gram. Cepat sungguh. Kalau korang nk beli emas baru , korang mesti tengok harga emas semasa. Ada setengah kedai dia bg harga promosi emas rendah dari harga semasa tapi kos upah dia , dia belasah tinggi gila. Kalau korang beli juga memang rugi lah. 

Contoh, kalau harga semasa RM290/g. Kedai bagi promosi RM280/g , free upah, itu sgt untung, korang patut beli banyak2 , kalau korang duit berkepok kepok... hehehe

Bagi yang tak mampu, why not duit KWSP yang dapat every month tu korang kumpul beli emas, harga Emas skrg makin naik. bagus untuk investment. Jangan ada alasan cakap tgu harga emas turun, bila nak turun pun tak tahu lah. Percayalah tak rugi pun kalau korang beli.

Kat sini, Ayu nk share Kedai mana yang Ayu suka pergi , harga pun the best, upah free. Location kedai terletak ni Desa Pandan, Kuala Lumpur. Nama kedai ni " Kedai Tukang Emas Permata". Korang boleh jumpa kawan Ayu kat situ. Manatau dia boleh bg best price. Orang dia comel2 ala ala arab gitewww... Kalau nk tau nama ye , korang msj personal Ayu ye @ email ayu. heheheh. 

Selamat shopping Emas ye. 


No comments:

Post a Comment