PERTH - DAY 2
Awal pagi dah bgn ...lihat udara di luar masyaallah segarnya. Sejuk jgn ckp lah dah awal pagikan, suhu time ni around 13c.Hari ni planning nk g ambik kereta sewa ( kwn k.ayu punya - RM150(1day)) then terus g picnic. Nak picnic kat mana? hmm...mengikut abg DD hubby K.ayu we all akan picnic kat KWINANA BEACH ROCKINGHAM, WA.
Selepas masak apa yg patut kami pun berangkat around 1030am. Perjalanan ke Kwianan lebih kurang 45min dr umah k.ayu. Time to go....Explore Perth...xcited. Sebelum perjalanan singgah sebentar utk membeli top up (aus no) krn esok kami akan berdikari. Suggested K,ayu guna OPTUS. Yeh!mmg berbaloi guna Optus ni. Internet & tel mmg murah. Sbb apa Ayu ckp murah, sbb setiap hari ayu call mak kt msia. Sepanjang 2 week kat sana tak habis2 credit. hahaha. Harga Card/ No AUD15 and Top up credit AUD30.
Sebelum memulakan perjalanan. Mai kita snap gambar dulu. hehehe
Adik yang agak selesa dan rasa dirinye hensem !!! krik krik krik
View yg cantik spnjg berjalanan ke Kwinana.
Perjalanan ke Kwinana menggunakan pacuan empat roda mmg selesa sgt lah. Petrol kat sini agak mahal.
Important note
Setiap petrol station berbeza harga ye !!! anda perlu pandai memilih.Then satu lagi kpd sesiapa yg pergi ke Perth ada anak yg berumur 9 thn kebwh perlu ada bby and child seat...klu tak, confirm kena saman.
Memandu kat sini mcm Msia cuma perlu patuhi had laju. Org2 kat sini mmg berdisiplin , sepanjang 2 week Ayu berada di Perth ni tak de lagi Ayu nampak pemandu yg melanggar had laju. Patut lah Aussie ni negara maju sbb rakyatnya sungguh berdisiplin. Respect lah ! Then yg bestnye tol counter tak de ye..its FREE Highway...ulang Free Highway
Yeh dah sampai pun Kwinana Beach. Best sgt !!
|
Adik bermain dgn gagak putih. Jgn sesekali bg makanan kat gagak ni..
klu tak mmg korang kena kejar lah ngan gagak ni. |
|
Menghirup udara yg segar bugar !!! sian wyshal tak bw swimmg suit. Bukan dlm planning nk g picnic ni. |
|
Bergambar bersama K.ayu family yg baik hati. |
|
Mataku terpejam coz tak thn ngan silauan matahari. Ingat nk mandi, bila rasa je air Ya Allah sejuk nye mcm ais. Ni di nama kan Windy day. Patutlah mat salleh suka berjemur..nampak je panas rupanye sejuk dan berangin lah..klu kat Msia confirm lari .. |
|
Sejuk air ..mcm ais batu |
|
Adik mmg suka dgn air. Nahas Daddy !! nnt dia tak nk naik |
|
sambil melihat aktiviti org Perth |
|
Tugu Kwinana Beach. Batu besar yg menjadi kebanggaan org sini.
|
|
Harga naik tren ni AUD10 |
|
Add caption |
|
Ni lah kereta yg kami sewa untuk perjalanan hari ini.
Dah settle makan , main , mandi kami pun bergerak ke next destination. Next destination is ke Masjid utk solat Asar. Masjid ni terletak di Rockingham.
Nama Masjid ni Ar Rukun Mosque. Rumah Allah ni sangat bersih dan cantik. Alhamdulillah.
Selesai Solat, blk ke rumah K.Ayu ambil brg utk check in Hotel . Dalam perjalanan ke rumah kak ayu , kereta kami & kereta K.Ayu terpisah. Masyaallah , Kami tersesat masuk ke Perth City. Time tu Optus belum set-up lagi , so kami tidak dapat membuat call, mencari jalan menggunakan waze @ google. Cara yg terbaik kami mengambil keputusan utk cari Hotel yg kami perlu check in by today. RENDEZVOUSE HOTEL.
Ni photo yang snape time sesat kat Perth City. hahhaa
Pusing-pusing punya pusing atlast stop depan hotel Holiday Inn and tanya reception. Reception tu terus ambik kertas and draw jln ke Rendezvouse Hotel. Dgn berpandukan map atas kertas putih yg dilakar oleh reception tu akhirnya kami sampai di Rendezvouse. Alhamdulillah. Kira pandai gak ar kan cari jln..bukan senang dlm Perth City tu. hahhaa...Sesudah Check In kami terus call Kak ayu , takut diaorg risau. Kak ayu siap nk buat report polis lagi sbb takut kami sesat. hahhaha...Betapa prihatinnya mereka. Mereka pun terkejut kami dpt jumpa hotel tu. Tak perlu guna internet. hahaha..Bangga sat !!!
Ni depan Rendezvouse Hotel. Hotel ni mmg cantik. Kami akan stay sini selama 3 hari 2 mlm.
Bilik Hotel ni mmg cantik. Besar. Ayu book masa kat Msia. Book dr bulan May. Mmg berbaloi stay. Sorry photo bilik tak sempat ambik. Tapi gambar bilik mmg sama seperti dlm website hotel. Harga Hotel untuk
3 day 2 night = AUD181.80.
Sementara menunggu Abg dd dtg utk ambik kami , kami jln-jln di kwsn hotel. Hotel ni dekat dgn King Parks Botanic Garden, Swan Tower, Tgh2 City. mmg best.
Mlm ni mkn ni rumah kak ayu. Lepas mkn,ambik brg and hantar kereta kpd kwn kak ayu yg kami sewa td, kami pun bergerak ke hotel utk berehat. Perlu bgn awal esok coz kami nk ke airport ambik kereta sewa yg di book secara online dgn Hertz.
# Pesanan - parking di perth sgt mahal. Tapi Sunday free parking. And Mon - Sat after 6pm free parking. So pandai2 lah korang bahagikan masa utk dpt free parking.
Org2 Perth pun tak sanggup park di city. diaorg hanya menggunakan public transport. Public Transport pun Free. Yg Ayu hairannya Perth City tak ada jem wlupun rakyatnya ramai. Lenggang je..
Bye ...Jumpa di entri seterusnya
|
No comments:
Post a Comment