Wednesday, 8 January 2020

VASELINE - THE BEST CREAM EVER

Hi All,

Hari ni saja nk sembang kosong tapi berbaloi. Dalam masa yang sama nak share ngan korang apa yang Ayu guna. Benda baik tak salah klu nk share kan. Dapat kita cantik sama-sama. Confident level tu penting ye. krik krik krik !!!

1st thing , ayu nk ucapkan thanks ye to Vaseline coz keluarkan product yang terbaik, then yang penting murah. hahaha... "Murah" ..lagi skali "murah" ...

Angpa beli yg jenis ni. Bukan yang Nivea punya ye. Tapi yg classic punya. Nak senang beli kat Pharmacy.


Dah berpuluh tahun Ayu guna Vesaline ni. Dalam bag, Vaseline ni wajib ada kemana jua Ayu pergi. Tak boleh miss. Kalau miss rasa tak lengkap hidup tau!!!

Yess... Apa sebenarnya yang menarik ye tentang Vaseline???

Cer korang komen apa best ...Seriously, Reach for Amazing Skin. 100%. Setiap malam Ayu akan pkai Vaseline. Pkai kat mana? Pkai kat mana2. hahaha..

Pertama pakai kat kaki , tumit kaki , jari kaki..hangpa lomoq (letak) lah keseluruh kaki angpa sebelum tidoq. Boh (letak) kat lutut sama. Tujuan dia , kaki korang tak kering, tumit tak pecah, tumit yang tebal jadi nipis, smooth je skin kaki, Kaki korang tak berkerak, tumit nampak merah je. Every day, Ayu pkai high heel , klu tak jaga kaki mmg tumit akan pecah2 & kering. So far Alhamdulillah dgn Vaseline. Teddy & Wyshal pun Ayu sapu kat lutut n tumit diaorg sebelum tido. Kena jaga dari kecik . hahaha. 

Kedua, angpa lomoq keseluruh tangan especially kat siku and seluruh jari. Gosok mcm pkai losyen. Gonyoh (Gosok) tepi2 kuku, sbb Vaseline ni dapat mencantikan kuku angpa dan juga skin kat tangan tak nampak kering & kedut. Kalau angpa sll amal, esok nya angpa try garu tangan angpa...dia tak kan naik putih punya..maksudnya kulit angpa tak kering.

Ketiga, Letak kat bulu mata. Untuk apa? yehhh...untuk bg lebat n panjang bulu mata angpa. Bila umur makin meningkat, bulu mata makin kurang, so dengan usaha ni , dapat melebatkan & memanjang bulu mata angpa. Tak payah nk pakai bulu palsu bagai. kan ssh. tambah dosa. Pakai je Vaseline. Lps pakai Vaseline tu korang kepit2 skit bulu mata tu nk bagi lentik. Jangan pakai sehari je, korang kena pakai setiap hari sampai lah korang Innalillah.

Keempat, sesiapa yang tak berapa ada bulu kening, boleh juga letak kat kening, Make sure time letak tu buat lah bentuk ye.. nanti bulu naik dia berbentuk. Jangan jadi Angry bird sudah lah ye .. 😁 Best pulak cerita pasal bulu bulu ni. hahaha...

Kelima, Sesiapa yang nak skin muka licin berkilat, mata panda hilang , boleh lumuq satu muka & letak bawah mata. Mcm pakai day cream. Yang ni korang boleh pkai seminggu 2@3 kali. Mcm skin muka Ayu tak sesuai , so Ayu pkai dekat bulu mata je.

Keenam, letak kat bibir. Nak bibir Pink gitu. Angpa letak tiap2 malam ye. Pada yang 1st time letak, the next day bibir korang akan mengelupas. Kulit mati akan keluar then korang akan rasa feel color lip korang. Pink gitewwww. Boleh juga letak siang hari. Kat bibir ni anytime boleh letak. 

"Selamat Mencuba" !!!. 

Monday, 23 December 2019

KINOHIMITSU BIRD'S NEST - LAHIR KECANTIKAN DARI DALAM

Assalam semua ..




3 tahun lepas Ayu ada share tentang Product Kinohimitsu Collagen Diamond. Ramai yang suka dengan blog pasal kecantikan ni. Ramai yang bertanya, mcm2 soalan yang diajukan. Wah, hebat wanita di luar sana , sangat mementingkan kecantikan dalaman. Syabas Ayu ucapkan. 

Sudah hampir 7 tahun Ayu amalkan Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink. Tak pernah jemu , tak pernah terfikir nk tukar brand lain. Masih maintain dengan Kino. Tapi kali ini, Ayu nk berkongsi tentang Bird Nest. Masih lagi maintain brand yang sama. 

Kali ini Ayu nak share dengan korang ttg Kino Bird's Nest pula. Actually, baru 3 bulan Ayu ambil Bird Nest ni. Tak sabar nk share dengan korang sbb result dia diluar jangkaan. Good for your skin & health. 

Untuk pengetahuan semua, Kinohimitsu mengeluarkan banyak jenis Bird Nest. Antaranya :

  1. Bird Nest With Collagen 6's
  2. Bird Nest With Snow Lotus 6's
  3. Bird Nest 6's
  4. Bird Nest with Snow Lotus, Chia Seed & Honey 6's


Ayu ambik yang atas sekali Bird Nest With Collagen 6's. Sebabnya , ingredient contain 28% of Bird Nest more than others. Oh ya, yang no 4 pun sama ye 28% Bird Nest dalam tu. Tapi Ayu tak berapa suka sbb ada mixed dgn Chia Seed. hehehe. 

Apakah kebaikan Bird Nest ?


Sarang Burung secara tradisional digunakan sebagai makanan kecantikan.
Sarang Burung terkenal untuk mengekalkan kemudaan dan meningkatkan keremajaan kulit.

Kajian moden menunjukkan bahawa Bird Nest kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu.

Adakah Bird Nest sangat baik untuk kesihatan?

Dari segi biologi, Bird's Nest mengandungi protein, asid amino dan mineral yang penting untuk pembangunan sihat. Dalam perubatan masyarakat Cina, penggunaan sarang burung secara tetap membantu menghalang selsema. 

Jom Kita tengok khasiat Bird Nest dalam Kinohimitsu. 

Kebaikan Kinohimitsu Bird Nest with Collagen (RM49.90)

  • Healthy Ageing
  • Relieve fatigue and support respiratory health beauty
  • Promote youthful, radiant and smooth complexion
  • Strengthen Immunity
  • With the high glycoprotein content and growth factors, it helps to boost immune system & increase resistance to external environmental stress.

#Ingredient : • Rock Sugar Solution, Seaweed Extract, Bird’s Nest, Marine Collagen.

Setiap kotak mempunyai 6 botol. Ayu ambil 2 hari skali. Maksudnya, Ayu akan selang selikan dengan diamond collagen but untuk Bird nest Ayu ambil selepas bangun tidur (pagi). Sebelum ambil Bird Nest make sure minum air kosong satu cawan , then baru ambik Bird Nest. 

Rasa dia sedap, tak bau hanyir, rasa mcm jeli , mmh best, klu makan 10 botol sehari pun tak rasa apa..memang best. Ayu akan letak dalam peti. Minum sejuk2 mmg mavelesssss... Try ar.

Since dah 3 bulan Ayu ambil ni, rasa skin makin fresh, badan pun rasa alhamdulillah segar. Makin meningkat umur, collagen dalam badan perlu ada penambahan. Stamina perlu kuat untuk menempuh hari2 yang mencabar. Tak salah spend skit untuk kesihatan. 

HALAL?

Yes, Kinohimitsu Bird Nest ni ada Halal Cert ok. Nature ingredient. Insyaallah selamat.
Korang boleh beli kat Big Pharmacy sebabnya selalu murah. Kadang2 korang boleh dapat dengan harga RM39.90 aje. 

Ok all. Selamat Mencuba

#kinohimitsu


Tuesday, 17 December 2019

TEDDY JOIN PIANO CLASS

TEDDY LOVE PIANO 

Hi semua...


Kat sini Ayu nk berkongsi cerita tentang Teddy. Ada yang excited nk tahu tentang Teddy join class piano.  Lebih kurang 9 month dah Teddy join. Everything ok. Alhamdulillah. 

Untuk pengetahuan semua, actually mmg niat Ayu dari awal nk masukan Teddy to any music class. Sebab sementara menunggu kakak Wyshal ballet dapat Teddy join music class yang sememangnya dekat sgt dengan studio ballet Wyshal. Same building but different level. 

Awal tahun hari tu 2019, Ayu tanya Teddy:-

Mummy : Adik, suka music tak?
Teddy : I love music Mummy. Kalau boleh Adik nk belajar Piano.
Mummy : (So surprise).... good Syg

Dah dia on , Ayu lagi lah on. Sebab kesian setiap hari sabtu dia akan tgu Kakak Wyshal Ballet dari 845 am - 1030 am. Melepak ngan Mummy di kedai mamak.

Ayu pun start register piano class untuk Teddy on April 2019. Teddy join di The Guitar Store area Damansara Perdana. Untuk piano Ayu ambik Classical Musical Courses. Class untuk Classical , Ayu ambik 30min one by one. Advise Teacher, Teddy masih kecil , so tak perlu ambil masa yang lama sgt time belajar , takut dia mudah jemu.    

Untuk classical courses, belajar basics and theory, finger coordination, interpretation, etc. Agak susah sebenarnya belajar Classical courses, tapi atas faktor usia Teddy yang masih muda, easy to catch up. 

YURAN ?

Of course ramai yang nk tahu kan... kat sini Ayu detailkan skit ye untuk Yuran. Dapat juga memberi info kepada parent2 di luar sana yang ada keinginan untuk menghantar anak ke Kelas Piano. 

For Beginner Class : 

Registration Fees : RM 60
Deposit 1 + 1         : RM 260 
Monthly                 : RM 130 (30 min per week) *
                               RM 195 (45 min per week)
                               RM 255 (1 Hour per week)
Book                      : +- RM100

EXAM ? 

Yes, ada exam. Exam certificate from ABRSM - exam board of the Royal Schools of Music. Laku satu dunia ye. Don't worry. Fees for exam , Ayu tak sure lagi , insyaallah next year Teddy akan ambik exam. Nanti Ayu akan update ye. 

Alhamdulillah, Memang agak terkejut bewak lah , 1st day class Teddy relax je masuk class. One by one kot. Ingat dia nk nangis. Memang keras hati Teddy ni. hahaha..Memang tak sangka lah kental mcm tu skali. 

Sepanjang Teddy join class ni, makin hari makin dia minat dengan Piano. Makin banyak lagu yang dia boleh bawa. Ayu ada beli keyboard untuk Teddy practise di rumah. Brand Casio. Keyboard ni ada tone piano. So easy to practise. Tak de different dengan Piano yang teddy balajar. Teddy dapat Student price, so murah lah 15%. hehe. 

Aunty uncle kat luar sana, doakan Teddy k suatu hari nanti jadi pianist terkenal. heheh. Insyaallah. 





Friday, 5 July 2019

MY BALLERINA - ARIA WYSHAL (PART 2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua pembaca.


WYSHAL & STEPHANIE KURLOW

Rasanya dah hampir 3 tahun Ayu tak updated perkembangan Aria Wyshal sebagai Ballerina. Atas permintaan pembaca, yang suka akan perkembangan Wyshal, memohon untuk Ayu update ttg anak ini.

 Tahun 2019 adalah tahun yang agak mencabar bagi diri Wyshal. Katanya exam Grade 3 agak susah , memerlukan latihan yang agak banyak, dah perlu ingat banyak step & music. Ada 13 Tarian perlu di ingat. Nak kena maintain result because she got Distinction for Grade 2 before (Dia seorang je dapat Distinction utk batch dia) Alhamdulillah.
Grade dalam RAD :-


  1. Distinction
  2. Merit
  3. Pass

ARIA WYSHAL - RAD GRADE 2



Exam pada May 18 yg lepas , menunjukan keberanian Wyshal for handle the situation. Dengan latihan 1 jam sehari , Wyshal mampu menunjukan step yang terbaik & dapat meyakinkan pemeriksa. Ketua Pemeriksa yang berasal dari Australia. Agak nervous pada mulanya, masuk je dalam studio , wyshal ckp dah ok. Dia yakin , dia buat yang terbaik , & target nk dapat Distinction. 



Ayu create Blog ttg Wyshal ni, sebagai kenangan waktu dia besar nanti , atleast ada skit crita ttg dirinya sebagai seorang Ballerina. 😅😅😅😅 Bila dah besar , ada juga kenangan photo dalam jalan hidup as a Ballerina. 




Untuk Grade 2 , baju bertukar kepada warna Biru. Month Fees pun berbeza dengan harga Grade 1. Yuran bulanan untuk Grade 2 ialah RM155.  5 bulan sebelum exam Wyshal perlu attend class 2 kali seminggu. Harga yuran berbeza iaitu RM205. Then setiap kali naik Grade Deposit akan bertambah based on month fees. 

FEES FOR RAD GRADE 2 (2018)

Deposit :                  plus RM 20.00
Fees/month :          RM 205.00 (After Exam Fees will reduce                                     to RM155 (1 x per week))
Leotard       :            RM 90.00 
Character Shoes :   RM 115.00
Character Skirt   :   RM 38.00 (Changing Ribbon)-Beli time                                     Grade 1 @RM 95.00
Exams Fees        :    RM 215.00
Show Fees          :    RM 195.00(Inc Costume) 
Ticket Fees         :    RM 75/person





ARIA WYSHAL - RAD GRADE 3 




Untuk Grade 3, Leotard bertukar kepada warna Maroon. Setiap tahun , selepas ambik exam akan bertukar Grade jika ballerina lulus dalam ujian. Kalau tak lulus, perlu repeat exam. Exam kali ni , Ayu nampak dia makin Hardwork, sampaikan kaki & jari kaki berdarah untuk balance kan badan Wyshal. Kalau dah minat , apa pun sanggup buat. 

FEES FOR RAD GRADE 3 (2019)

Deposit :                  plus RM 30.00
Fees/month :          RM 250.00 (After Exam Fees will reduce                                     to RM185 (1 x per week))
Leotard       :            RM 90.00 
Character Shoes :   RM 115.00
Character Skirt   :   RM 38.00 (Changing Ribbon)-Beli time                                     Grade 1 @RM 95.00
Exams Fees        :    RM 244.00


Ayu doakan Wyshal dapat result yang terbaik dalam exam yang terbaru (May 2019). Semoga usaha yang berlipat ganda akan membuahkan hasil.

WYSHAL WITH  STEPHANIE KURLOW ( THE WORLD'S FIRST HIJABI BALLERINA)




Nov yang lepas , Ayu pergi bercuti ke Melbourne & Sydney. Dalam mind set , nk bawa Wyshal tengok ballet show either di Melbourne & Sydney. Tapi sayangnya time Ayu pergi tu tak de Show. Yang ada hanya pada bulan Dec. 





Terdetik seketika , bila teringat Wyshal terlalu sukakan Stephanie Kurlow. Ayu cuba dapatkan Stephanie. Alhamdullillah , dia balas msj Ayu. Memang tak sangka & tak dijangka. Orang sesibuk & sehebat dia dapat membalas msj Ayu. Dia tawarkan untuk Wyshal Menari bersamanya. Of course Ayu nak. Wyshal tak tahu apa2. Ayu & Abang nk buat surprise, hadiah dia dapat score Distinction for Grade 2. Masa ,waktu & venue telah di confirmkan with Stephanie. Cuma Ayu perlu cari apabila sampai disana nanti. 




Gambar-gambar ini antara photo yang mendapat premission before di up dalam satu-satu media online. Stephanie is a good person, soft spoken , comel & baik hati . Semoga dengan perjumpaan ini, dapat menaikan semangat & usaha Wyshal sebagai Ballerina yang berjaya. 

Pada sesiapa yang ingin menari bersama nya ..please contact me. I will help you. Thanks 




Friday, 22 February 2019

SIMPLE MAKE UP & SKIN CARE FOR ECZEMA - IT'S ME

Assalamualaikum semua, Korang sihat ke?. 
Harap you all sihat & happy selalu.

Ada member-member tanya Ayu pakai Skin care apa sekarang & make up apa? So kat sini Ayu nk share sikit ttg diri Ayu. Ayu dengan dunia Make up & Skin Care. My life is very very very simple.  

Sapa kat sini yang suka sangat make up ? lumrah seorang perempuan suka cantik. Ayu pun suka cantik-cantik tapi tak suka sangat make up sbb banyak sangat fikir kalau nk make up tu. Macam susah je kalau nk removed make up time nak solat, rosak skin nanti , tak reti ar nak make up kang jadi mcm hantu mak limah plak bila make up , malu ar ...mcm2 ar...Korang mcm mana? Jom ar share feel korang.

Ayu nak cita ar sikit kat korang, sejak dua menjak ni Ayu  kerap juga make up because of my skin dah ada product yang boleh control dari merah-merah & itchy. Tapi make up yang berpada-pada. Skin Ayu sgt sensitive dengan product. I have eczema problems. 

Bila Ayu dah kenal sorang make up artist ni ,dia banyak ajar Ayu ttg make up. Walaupun baru kenal , dia mmg tak lokek ilmu. Bila Ayu tanya je terus jawab, tanya je jawab, kadang2 tak tanya pun dia jawab. Hairan juga !!!

Tapi dalam bermake up pun atas batas-batas nya. Jangan nk cantik je , tapi batas-batas agama hilang. Over make up, kearah tabarruj maka haram lah jadi nya. Zaman sekarang , wanita tak takut dengan soal haram. Asal cantik je, lupa yang haram. Even dah tahu benda tu Haram , tapi masih lakukan sebab nk cantik. Tak perlu nk cantik dengan tipu daya dunia, Nothing. Hidup is Pinjam , Pinjam dengan sapa , kita pinjam hidup kita dengan Allah. 

Yang suka pakai menambah-nambah bulu tu, tinggalkanlah. Zaman sekarang zaman bulu mata , Allahukhbar, korang tau kan memakai bulu mata palsu adalah haram di sisi agama. Kalau korang mmg tak de bulu , boleh pkai tapi bukan yang panjang , yang boleh menarik perhatian, hanya yg simple atas factor malu/cacat tak de bulu mata. Ia juga dibolehkan jika dipakai untuk menghiaskan diri utk suami. Tak cantik mana pun kalau pkai bulu mata. Pkai lah mascara, kepit bagi curl skit pun dah cantik. 

Kalau kita pakai dah berdosa. Macam mana kalau kita jual bulu mata. Allahukhbar, hanya Allah yang mampu memperhitungkan semuanya. Dah ada hukum , tapi masih lakukan. Sekarang ramai peniaga-peniaga yang menjual bulu mata. Berapa banyak org beli dan pakai , tangguh lah dia dosa tersebut. 

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu :
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung” (SAHIH BUKHARI, NO. 5934)
Apa-apa perbuatan menghias diri dengan berlebihan maka ia adalah diharamkan dalam Islam.
Begitu juga dengan pemakaian contact lenses yang ntah apa2 warna. Jika kita pakai asbab mata mmg rabun/rosak , maka dibolehkan, tetapi jika pakai semata-mata untuk cantik & menarik perhatian adalah haram. 
Setiap tindakan dan niat utama dalam melakukan sesuatu hendaklah berbalik kepada agama bukannya berpaksi kepada kecantikan semata-mata.
Kita tgk org pakai bulu mata / lenses, yess nampak cantik , tak perlu lah nk like komen bagai, sebab kita mengiyakan benda yg haram . Ok...
Ayu share ngan korang Skin Care yang Ayu pakai. Rasanya dengan pemakaian Skin Care ni , korang tak perlu nk pakai foundation tebal 3 inci kot. For me,just put blusher on my cheeks , highlighter on my nose , lip gloss, eye liner & mascara. Enough.
Kat bawah ni Skin care yang Ayu pakai. Sorry terpaksa bagi gambar from google. Tak sempat nk take photo. hehehe.

EUCERIN SKIN CARE 
Skin Ayu ada masalah eczema. Banyak dah product Ayu pakai, semuanya tak sesuai. Sehingga lah last year June 2018 , Ayu memberanikan cuba product ini , atas kepercayaan Jurujual itu sendiri menunjukkan gambar muka dia dari teruk sampai licin berkilat. Korang bayangkan kulit dia dulu like katak puru, now licin mcm screen hp. Nak bgtau kata bagus nya product 100% bebas chemical. 
Untuk yang mengalami masalah kulit mcm Ayu , hanya dapat pakai 4 barang je. 
  1. Shooting Cream 50ml - RM64
  2. Mild Cleansing Milk - RM49.00
  3. Clarifying Toner - RM49.00
  4. White Therapy Eye Serum 15ml - RM105.00





1st cuci muka dengan Mild Cleansing Milk . then pakai Clarifying Toner , lps tu pakai Shooting Cream & Last skali pkai Eye Serum. Pakai setiap pagi & malam. 
EUCERIN juga ada product untuk masalah kulit berjerawat & Anti Ageing. Untuk yang Anti Ageing tu khas utk pengguna yang berumur 40 tahun ke atas. 

Korang boleh dapat kan di semua pharmacy seluruh Malaysia, tetapi harga berbeza. Since Ayu pakai ni , pharmacy yang paling murah harga nya ialah Big Pharmacy.  Harga di atas adalah harga untuk Big Pharmacy. 
Kat bawah ni , make up yang Ayu pkai. 
  1. Blusher from Benefit Cosmetics (Hoola) @ Tarte (peaceful)
  2. Highlighter form Tarte 
  3. Lip Gloss/Lip stick form Burberry
  4. Mascara form Burberry (Chestnut Brown)
  5. Eye Liner form Chanel @ Maybelline 
  6. Eucerin Aquaporin Mist Spray 


PHOTO : BLUSHER ON MY CHEEKS 

PHOTO : BLUSHER ON MY CHEEKS



PHOTO : HIGHLIGHTER FOR MY NOSE


PHOTO : MASCARA. EASY TO REMOVE. DIRECT GUNA MILD CLEANSING JE. 


PHOTO : ALWAYS SPRAY UTK KULIT NAMPAK FRESH 

Ini je yang ada dlm bag Ayu dari dulu sampai sekarang. Hahaha. Dah habis baru beli lagi. Sebab Ayu bukan suka make up sgt. Simple make up membuatkan barang make up lambt habis. Setahun kot tahan. 😊😊😊









Saturday, 24 November 2018

TRIP TO MELBOURNE - SYDNEY, DAY 7 & 8

DAY 7

Ayu gabungkan Day 7 & 8 skali, memandangkan tidak banyak tempat yang kitaorang pegi sbb baru sampai awal pagi , then lepak2 kawasan yang berdekatan je.



Kitaorang sampai Sydney Central Market around 7am. Terus ambik luggage and cuci muka. Sememangnya tidur tak sedar diri. Selesa sgt train tu. Bergambar kat station pun dah sekian, tgk jam dah pukul 830 am. Check In pukul 2pm. Mana lah nk melepak dgn luggage yg byk ni. hahaha



Tawakkal je....jalan2 sekitar kawasan, mana tahu ada kedai Halal yang boleh jadi habuan perut for Breakfast. Maka terjumpa Gloria Jeans Coffee. Melepak lah kitaorang kat situ sampai kul 11pm. tu je dapat bertahan duduk lepak dalam tu. Minum Coffee & Makan Croissant. Habis coffee beli lagi habis beli lagi. Bila Teddy dah buat perangai boring, kitaorang keluar pegi Park, tidak jauh dari Cafe. Nama Park ni Belmore Park. Dah tak tau nk lepak mana.


#Apa yang menakutkan kat sini , ramai gelandangan yang aggressive, suka hati ambil barang orang. OMG. Kitaorang stay jauh dgn diaorang, memang sgt menakutkan.


Kita orang beredar dari park tu, then berjalan menuju ke apartment, book thru Airbnb. Agak jauh sebenarnya berjalan sambil membawa batu batu besar yang tak tahu lah apa kebenda ada dalam bag baju ni. Actually dekat, memandangkan baru 1st time maka berlakulah sesat menyesat kat situ. Check in jam 2pm. Sekarang baru jam 1130am. Ayu try whatsapp owner minta check in awal. Klu rezki mana tahu dapat check in awal. Tak sangka Joshua (owner rumah) nice person. Dia bagi check in around 12am , after cleaner settle kemas studio. Melompat ar kitaorang. Nama Studio ni APX Apartment.  

Ok lah untuk 4 branak. Ada dapur masak , peti ais & mesin basuh. 

Dah check in, Ayu terus masak, lepas makan & solat Zohor, kitaorang tidur tak ingat dunia. Bangun je jam dah jam 330pm. Terus mandi solat asar then keluar. Plan nk pegi Paddy Market. 

#Paddy Market (open Wed - Sunday) Closed 6pm. 






Jarak antara APX dengan Paddy market tak jauh pun. 5 min je jalan kaki. So around 430pm kitaorang dah sampai Paddy Market. Paddy Market ni mcm Petaling Street. Mcm tak de je orang local yg meniaga semuanya muka dari China. So mcm tak best nk membeli. Just beli cap, key chain &  fridge magnet je. Pegi pasar basah , beli buah. Buah kat sini sangat fresh. 




Berjalan di sekitar Sydney City , sebelum balik bilik. Time ni Chrismas, ramai lah manusia, especially pelancong dari China. 









Lepas ke Paddy Market kitaorang round sekitar kawasan , then singgah beli barang dapur. Heaven shopping barang dapur.

Balik bilik, masak lagi for Dinner. Then layan movie, terus zzz...

DAY 8

Hari ni hari yang dinantikan. Surprise for Aria Wyshal. Dah 6 bulan Ayu berhubung dgn Stephanie Kurlow utk berjumpa & she's suggest to booking studio for 45 min class utk wyshal menari dgn nya. Alhamdulillah tak sangka dia reply msj Ayu. 

Siapa yang tak kenal beliau, Ballerina pertama dunia yang berhijab. Menjadi sumber inspirasi Wyshal & naik kan semangat Wyshal untuk menjadi Bellerina yang berjaya. (Ayu ada crita dlm blog sebelum ini MY BALLERINA - ARIA WYSHAL (PART 2))


Singgah ambik gambar , dalam perjalanan ke Paddy Market utk ambik Tram. Sebelum jumpa Stephanie di Bankstown, kitaorang singgah dulu di Sydney Fish Market utk breakfast. Kali ni breakfast makan Seafood. 


Direction : Walk 5-7min to Paddy Market (Take Tram @Dulwich Hill Station) > 10 min to Fish Market Station > Walk 6 min to Sydney Fish Market.




Excited sangat tengok Market ni. Pilih je seafood , & diaorang terus masak. Ada restaurant yang Halal. Korang boleh pilih lah nk yang mana. Satu portion pun belambak. Tak larat makan. Ayu ambik satu set utk 3 adult makan. Harga dalam AUD23 = RM75. 



Portion agak besar. Banyak ni pun dah kenyang.







Teddy dah tak layan camera. Asyik nk makan je. 



Sambil makan, sambil layan air laut. Heaven. Angin dingin je time ni. 


Entrance ke Fish Market bahagian restaurant. 



Dah isi perut, kitaorang bergerak ke Bankstown. Janji dengan Stephanie jam 2pm. Perjalanan ke BankStown mengambil masa lebih kurang 50 min)

Direction : Walk 6 min to Fish Market Station > Take Tram 21 min to Dulwich Hill Station (change train to Bankstown) > 20 min to Bankstown Station. 

Akhirnya , sampai sudah di Station Bankstown



Sampai je di Bankstown , Ayu & Abang Halim terkejut sgt2 tengok kawasan ni ramai community Muslim. Allahukhbar. Banyak Kedai makanan halal. Even KFC & MCD pun halal. Bestnya. Kalau tahu dari awal, kan bagus Ayu check in je kat Bankstown. Next time klu datang , mmg nk stay area sini lah. Best. 




Kitaorang terus melangkah mencari Bankstwon Art Centre.  Wyshal agak teruja & terkejut sebab dia mmg tak tahu yang Ayu & Abg Halim plan semua ni. Baju Ballet & kasut Ballet pun Ayu curi2 bawa. Ibu mana tak gembira melihat impian Anak tercapaikan!!!. 






After Wyshal tukar Ballet leotard, sesi menari pun bermula. Excited Abang Halim ambik video. Ayu siap beli toys utk Teddy , tak nk bagi dia kacau. hahaha. 






Settle class, kitaorang bergambar bersama, Mummy Stephanie pun datang. Mak dengan anak sama2 baik, lemah lembut je. Nice person. 

Sebelum balik ke Sydney City, Kitaorang singgah makan Pizza & jalan2 di mall yang berdekatan. Shopping skit2. hehehe. Murah2 baju kat sini. Memang best. Banyak butik2 baju muslimah kat sini. Sorry, Ayu lupa ambik gambar. hahaha







Photo ini menjadikan kenangan yg luar biasa. 

Sampai je Sydney City kitaorang round di City sampailah ke malam. hahaha. Then balik bilik, masak , mandi & solat jamak terus pengsan sampai pagi. 



Depa nk tiru hidung org dalam gambaq tu ... hahaha

Terbawa bawa sampai dalam train fesyen hidung kembang .... 












Thanks kerana sudi layan blog ayu & tengok photo2 yang tak berapa nk elok ni.